Written by 3:39 pm Blog Kategori

“10 INFLUENCING TECHNIQUES”

 

10 influencing technique untuk meyakinkan, memujuk, dan mempengaruhi orang lain yang mempunyai personaliti berbeza. Setiap teknik ini adalah berlainan mengikut personaliti yang sesuai dengan teknik tersebut.

Teknik ini membantu kita untuk mencapai kata sepakat dalam perbincangan. Setiap orang yang berbeza personalitinya hanya sesuai dengan teknik yang boleh meyakinkan mereka untuk bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan.

10 influencing teknik ini adalah seperti berikut:

  • LOGICAL PERSUADING

Menggunakan kenyataan logik, berdasarkan fakta, data dan pemikiran rasional untuk meyakinkan orang lain melakukan sesuatu. Orang-orang yang berfikiran rasional dan tidak mudah percaya dengan pendapat tanpa fakta kukuh sangat sesuai dengan teknik ini kerana mereka lebih percaya kepada kenyataan yang logik.

  • LEGITIMISING

Menggunakan kuasa atau pangkat untuk mempengaruhi orang lain membuat keputusan. Ia boleh digunakan dengan pangkat, logo, simbol kuasa dan undang-undang untuk menguatkan lagi kepercayaan orang lain terhadap perunding.

  • EXCHANGING

Memberikan sesuatu seperti hadiah atau ganjaran kepada orang lain bagi meminta pertolongan. Ianya akan dilakukan sekiranya perunding memerlukan sesuatu yang hanya boleh disediakan orang yang dirunding. Secara psikologinya, penerima hadiah akan merasa terhutang budi dan sebagai tanda persahabatan, penerima tersebut akan membalas balik budi tersebut.

  • STATING

Ia bermaksud memberikan arahan secara langsung kepada orang lain untuk melalukan sesuatu. Sekiranya seseorang itu mempunyai autoriti atau kredibiti terhadap seseorang seperti majikan kepada pekerja, maka teknik “stating” paling sesuai untuk digunakan.

  • SOCIALISING

Menjalin hubungan persahabatan dengan berfikiran terbuka terhadap orang lain serta mencari titik persamaan untuk meraih manfaat bersama. Sentiasa “keep in touch”, memberikan kata-kata pujian antara cara untuk menjalinkan persahabatan.

  • APPEALING TO FRIENDSHIP

Mendapat kata sepakat dengan orang yang sudah dikenali lama. Ia digunakan apabila kita menggunakan nilai persahabatan untuk mendapatkan sesuatu dan memberikan sesuatu.

  • CONSULTING

Ia merupakan teknik untuk memberi peluang kepada orang lain mencari jalan penyelesaian mereka sendiri. Kita hanya bertanyakan soalan untuk melibatkan orang lain memberi idea dalam mencari solusi. Jawapan tidak boleh diberikan dalam teknik consulting.

  • ALLIANCE BUILDING

Membentuk satu pasukan bagi memberi sokongan untuk memujuk orang lain memberi kata persetujuan. Dengan adanya pasukan tersebut, orang yang dirunding akan mudah percaya dan terpengaruh dengan teknik ini.

  • APPEALING TO VALUES

Memberikan janji- janji yang menekankan “values” kepada orang lain. Ianya lebih kepada “value-value” sentimental yang menyentuh hati orang lain. Sebagai contoh, seseorang menawarkan untuk memberi bantuan kepada anak- anak yatim sekiranya pihak yang dirunding memberi kerjasama kepada perunding.

  • MODELLING

Menjadi “role model” kepada orang lain dengan mencerminkan nilai-nilai boleh dijadikan contoh kepada orang lain. Memperoleh pengaruh daripada orang ramai tanpa menggunakan cara yang memujuk atau menggunakan kuasa. Ianya lebih natural kerana orang lain terinspirasi untuk menjadikan kita sebagai role model.

(Visited 19 times, 1 visits today)
Close