3 LANGKAH DALAM PROSES MEMBUAT PERUBAHAN.

3 LANGKAH DALAM PROSES MEMBUAT PERUBAHAN.

3 langkah yang Ibu nak share ini adalah berdasarkan change model yang diperkenalkan oleh Kurt Lewin, seorang pakar psikologi.

Untuk memudahkan pemahaman, Ibu kaitkan langkah-langkah perubahan dengan cara untuk membuat agar-agar. Langkah-langkah untuk perubahan menurut Kurt Lewin adalah

1) Unfreezing

Langkah pertama ini seperti memasak agar-agar tali sehingga cair.

Robohkan kepercayaan atau cara pemikiran yang lama dan yang mahu diubah. Cabar status quo mereka. Mereka perlu sedar bahawa perubahan tersebut penting dan sangat perlu diterapkan.

2) Changing

Langkah kedua ini ibaratnya menuang agar-agar yang sudah cair itu ke acuan yang anda mahukan.

Ketika ini lah mereka mula belajar tentang perlakuan baru, cara pemikiran baru atau proses yang baru. Mereka perlu jelas tentang kebaikan perubahan tersebut setelah diterapkan sepenuhnya.

3) Refreezing

Langkah terakhir ini adalah membekukan agar-agar tersebut supaya bentuknya kekal.

Kurt Lewin mengatakan bahawa peringkat ini sangat penting untuk memastikan bahawa mereka tidak kembali kepada keadaan asal. Salah satu caranya adalah memberi ganjaran untuk kelakuan yang positif dan juga pengiktirafan.

Perubahan yang kita nak lakukan bukan sahaja kepada staff tetapi boleh juga digunakan untuk membuat perubahan keatas reseller atau agent anda. Akan tetapi ianya perlu dirancang dan dilaksanakan secara teliti supaya perubahan yang diterapkan akan berkesan dan berkekalan.

#RDP2019
#ibuhanim
#annemsleadership

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *