ANDA SENDIRI MAHUKAN STAFF BARU YANG BERKERJA HANYA KERANA GAJI.

ANDA SENDIRI MAHUKAN STAFF BARU YANG BERKERJA HANYA KERANA GAJI.

Pernah tertanya-tanya tak, kenapa staff yang anda interview suka demand dan minta gaji sehingga kita rasa mereka mahu kerja hanya kerana wang?

Soalan Ibu, bagaimana cara anda membuat recruitment untuk staff baru, adakah poster yang diiklankan ada diletakkan gaji?

Jika jawapan anda “YA”, maka anda adalah orang yang mahukan staff yang kerja hanya kerana gaji.

Sekiranya gaji diletakkan didalam iklan penjawatan, maka semasa proses interview nanti, mereka hanya akan fikirkan tentang gaji sahaja. Dan kemungkinan besar mereka akan berkerja hanya kerana gaji.

Sebaiknya, pengiklanan jawatan kosong perlu diletakkan inspirasi dan aspirasi organisasi agar kita hanya akan menarik calon-calon staff yang mahu berjuang bersama kita.

Secara tidak langsung, mereka yang tertarik dengan perjuangan anda mempunyai values dan attitude yang juga sesuai dengan perjuangan anda.

#ibuhanim
#annemsleadership

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *