JANGAN GUNA GANTT CHART YANG LAMA DALAM DUNIA VUCA.

Gantt Chart selalu digunakan untuk merancang dan memantau pergerakan progress sesebuah projek/tugasan.

Dalam dunia VUCA ini, untuk memastikan kejelasan, Ibu sarankan untuk menambah dan menggunakan keempat-empat perkara ini:

(1) Responsible – Orang yang bertanggungjawab melaksanakan tugas.

(2) Accountable – Orang yang memastikan tugasan dijalankan dengan betul.

(3) Consult – Orang yang kita perlu minta nasihat kepakaran mengenai projek/tugasan tersebut.

(4) Informed – Orang yang perlu kita beritahu/update tentang progress projek/tugasan

Bila ada semua ini, barulah jelas, siapa yang akan memastikan tugasan itu siap, siapa yang kita akan mohon bantuan pakar atau penasihat, siapa yang akan meluluskan tugasan tersebut dan siapa yang akan sentiasa mendapat update tentang projek/tugasan tersebut.

Dah tak ada orang yang tanya “Eh, siapa yang buat ni? Siapa yang luluskan? Siapa yang kata buat cara ini lebih bagus dari cara biasa? Apa update projek sekarang? Siapa yang patut tahu?”

#bss5
#ibuhanim
#annemsleadership

Leave a Comment