KALAU TIADA VISI DAN MISI YANG JELAS, JANGAN SESEKALI BUAT PERUBAHAN.

KALAU TIADA VISI DAN MISI YANG JELAS, JANGAN SESEKALI BUAT PERUBAHAN.

Kenapa Ibu tak sarankan untuk buat perubahan jika visi dan misi tidak dibuat dengan betul?

Ibu sangat tak sarankan sebab kalau hala tuju tak jelas, perubahan yang dilakukan itu adalah disebabkan apa?

Contohnya, kalau kita nak buat perubahan dari segi budaya kerja.

Contoh soalan yang Ibu akan tanya adalah:

1) Adakah visi dan misi anda jelas dan boleh diukur?

2) Adakah budaya kerja sekarang menyebabkan impak yang tidak baik kepada organisasi? dari segi apa?

3) Apakah hala tuju atau matlamat perubahan baru ini? adakah ia akan membantu menyelesaikan masalah tersebut dan mencapai visi organisasi?

Jika soalan-soalan ini tidak boleh dijawab dengan jelas dengan menggunakan fakta-fakta atau pelaporan, maka perubahan tersebut tidak sepatutnya dibuat.

Lebih teruk lagi, perubahan itu akan menyebabkan masalah lain yang lebih besar.

Wujudkan visi dan misi terlebih dahulu sebelum memikirkan perubahan yang mahu diterapkan.

SEBAB PERUBAHAN YG DI LAKUKAN ADALAH UNTUK MEREALISASIKAN VISI DAN MISI.

.

#bssb5
#ibuhanim
#annemsleadership

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *