PERBEZAAN ANTARA GENERASI BUKAN UNTUK MENCARI KELEMAHAN

PERBEZAAN ANTARA GENERASI BUKAN UNTUK MENCARI KELEMAHAN

Setiap generasi mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri.

Ibu akan ceritakan tentang setiap generasi dan jika cerita Ibu ini ada kaitan dengan anda dan anda berada dalam generasi tersebut, sila comment ya?

TRADITIONALIST

Mereka hidup selepas perang dunia kedua. Mereka hidup dalam kesusaha dan tahu keperitan hidup pada zaman peperangan. Namun setelah tamatnya perang, mereka hidup aman. Maka, mereka melahirkan generasi baru yang banyak iaitu baby boomer.

BABY BOOMER (1946-1964)

Sekarang baby boomer berumur 55 tahun dan keatas. Pada zaman mereka, ada satu jenama motor terkenal yang mendapat sambutan ramai sehinggakan mereka sanggup melukis tatoo jenama tersebut di badan mereka. Tahu jenama apa? Harley Davidson. Kerana minat, walaupun reka bentuk motor tersebut sangat tidak selesa, mereka tetap suka. Ia lahir dari sifat mereka yang sangat compliant.

GEN X (1965-1979)

Gen X mempunyai populasi yang rendah. Sesetengah dari mereka seperti baby boomers dan sesetengah lagi seperti Gen Y.

GEN Y (1980-1994)

Lahir dan hidup dengan ibu bapa yang selalu tiada di rumah kerana berkerja atau selalu bertengkar kerana wang atau disebabkan wang, mereka sukar dapat apa yang mereka sangat mahukan. Jadi, kebanyakannya mereka mahu menjadi usahawan.

Keempat-empat generasi ini lahir dan hidup dalam keadaan yang berbeza. Maka, cara mereka berfikir, values yang mereka ada dan attitude yang berbeza.

Anda berada di generasi yang mana?

#ibuhanim
#annemsleadership

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *