PIAGAM PASUKAN PERLU ADA, BARU TEAM BOLEH PERFORM.

PIAGAM PASUKAN PERLU ADA, BARU TEAM BOLEH PERFORM.

Memang banyak kali Ibu dengar, kebanyakan usahawan hari ini menghadapi banyak cabaran untuk membina pasukan berprestasi tinggi.

Membina pasukan ini sangat memerlukan banyak tenaga dan kesabaran.

Tetapi, hanya dengan tenaga dan kesabaran sahaja tak cukup untuk membina pasukan impian anda.

Salah satu dari 6 alat yang Ibu kongsikan dalam Building High Performing Team adalah dengan mewujudkan Team Charter.

Team Charter ini seperti suatu piagam khas untuk pasukan tersebut. Setiap dari perkara-perkara yang ada didalam team charter akan membantu mewujudkan persekitaran sihat supaya ahli pasukan mampu untuk perform dengan baik.

Contohnya, sebulan sekali mesti ada satu aktiviti yang dilakukan bersama atau setiap pagi jam 8 wajib buat standup meeting.

Kalau plan nak pakai baju warna yang sama pada setiap hari jumaat pun boleh. Asalkan team charter ini akan mewujudkan persekitaran yang baik kepada mereka untuk bantu mereka perform dengan baik.

#ibuhanim
#annemsleadership
#esqjakarta

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *