SIAPA ORANG PERTAMA YANG PERLU KITA PIMPIN?

SIAPA ORANG PERTAMA YANG PERLU KITA PIMPIN?

Percaya atau tidak, orang pertama yang perlu kita pimpin adalah diri kita sendiri.

Proses pembangunan kepimpinan Ibu sentiasa bermula dengan memimpin diri sendiri.

Mengapa?

Jika kita mahu menjadikan seseorang itu sebagai pemimpin kita yang boleh kita ikuti, adakah kita akan memilih seseorang yang tidak mampu menguruskan dirinya sendiri? Contohnya, dari segi pengurusan masa.

Sudah tentu kita akan memilih pemimpin yang sangat patuh kepada masa, bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri dan mampu menguruskan dirinya sendiri dengan baik.

Dalam erti kata lain, sebelum kita berupaya untuk memimpin orang lain, kita mestilah berupaya untuk memimpin diri sendiri dahulu.

Sebab itu Ibu selalu tekankan kebolehan untuk memimpin diri sendiri dahulu sebelum mula memimpin orang lain.

#RDP2019
#ibuhanim
#annemsleadership

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *