Kita boleh belajar sesuatu daripada sesiapa sahaja.

Kita boleh belajar sesuatu daripada sesiapa sahaja.
Kesilapan besar yang biasa kita buat adalah bila kita tak ambil peduli apa orang lain cakap, sebab kita rasakan dia tak sepandai kita. Lagi kita ignore, bila kita rasa orang tu tak cukup hebat bercakap sesuatu yang berguna buat kita.
Kalau dengan team Ibu, Ibu memang akan beri peluang mereka bercakap dan lemparkan idea pada perbincangan. Bagi Ibu tak ada siapa yang beri idea atau cakap sesuatu yang tak berguna. Mereka juga ada idea mereka sendiri. Jadi, beri peluang dan dengar apa yang mereka nak cakap walaupun Ibu ni level founder dan Ibu dah tahu jawapan atau idea yang Ibu nak buat.
Bersangka buruk atau angkuh adalah mindset yang akan menghalang informasi berguna untuk sampai kepada kita.
Sedangkan kita boleh je terima begitu banyak informasi untuk kita belajar. Tapi kita pilih untuk berkata “apa yang dia cakap tak penting sangat bagi kita.”
Itulah kesilapan besar yang kita lakukan.
Bagi Ibu, tak ada seseorang pun yang gagal mengajar Ibu sesuatu yang berguna.
Setiap orang pasti akan beri manfaat kepada kita. Biarlah sedikit tapi ianya tetap sesuatu yang kita boleh ambil iktibar dan belajar daripada mereka.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *