10 TEKNIK mempengaruhi yang berkesan

1. Logical persuading – Menggunakan logik, fakta, data, bukti saintifik dan seumpamanya.

 

“Logiknya, orang yang sudah berumur lebih 100 tahun tidak larat lagi mendaki gunung.”

 

2. Legitimizing – Menggunakan kelayakan yang dimiliki atau ‘meminjam’ kuasa orang lain.

 

“Bos suruh kita siapkan kertas kerja ini.”

 

3. Exchanging – Memberi sesuatu yang bernilai sebagai pertukaran untuk mendapatkan sesuatu yang anda mahu.

 

“Kami tawarkan pelajar kami untuk bekerja di syarikat tuan secara percuma. Tuan pula perlu latih pelajar kami sehingga mereka menjadi pekerja mahir.”

 

4. Stating – Menyatakan perasaan, hasrat, fikiran atau kehendak secara langsung.

 

“Saya mahu awak bekerja lebih masa bulan ini. Ada ganjaran yang saya sudah sediakan untuk awak.”

 

5. Socializing – Mewujudkan ‘persamaan’ dalam pergaulan atau perbualan bagi menghilangkan rasa janggal.

 

“Awak orang Perlis? Saya pun orang Perlis.”

 

6. Appealing to Friendship – Meminta sesuatu berdasarkan hubungan persahabatan atau persaudaraan.

 

“Kita kan dah lama berkawan?”

 

7. Consulting – Meminta bantuan melalui pertanyaan.

 

“Saya sudah cuba strategi keempat ni, tapi kurang menjadi. Di mana silap saya, ya?”

 

8. Alliance building – Mendapatkan kerjasama atau bantuan orang lain untuk mempengaruhi seseorang demi mendapatkan sesuatu yang tidak mampu anda lakukan sendiri.

 

“Kawan saya dalam kementerian boleh bantu kita kalau awak setuju dengan kerjasama ni.”

 

9. Appealing to values – Menekankan nilai atau manfaat yang terhasil daripada perkara itu.

 

“Segala yang kita lakukan ini, akan ada pahalanya di akhirat nanti. Insya-Allah.”

 

10. Modelling – Menunjukkan contoh atau perlakuan yang menjadi inspirasi kepada orang lain.

 

“Kepimpinan melalui tauladan.”

Leave a Comment