5 Ciri Pemimpin Sejati

Ada banyak ciri lagi, tetapi ibu highlight 5 perkara ini dahulu.

 

1. Jelas dengan “Why” dan “Tujuan”.

Kedengaran mudah, sebaliknya ia satu proses berterusan dan perlu sentiasa dilakukan.

 

2. Mendengar dahulu sebelum memberi reaksi.

“Mendengar dahulu” adalah cara paling mudah untuk mendapatkan maklum balas yang baik dan mewujudkan hubungan yang positif dengan sesiapa sahaja di sekeliling kita.

 

3. Menjadi inspirasi kepada para penyokong anda.

John Quincy Adams, berkata, “Jika tindakan anda dapat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk lebih berimpian, lebih belajar, lebih bertindak dan menjadi ‘lebih’ daripada diri sendiri, anda ialah seorang pemimpin.”

 

4. Lebih memberi fokus untuk membangunkan kemahiran EQ berbanding IQ.

Daniel Coleman adalah orang pertama yang menemui kaitan ini. Beliau ialah seorang pakar psikologi dan journalist.

 

Beliau berkata, “Apabila saya membuat perbandingan antara profil kemahiran individu dengan prestasi tinggi dan kemahiran individu yang berada dalam barisan tertinggi kepimpinan serta sangat dihormati sebagai pemimpin, saya mendapati hampir 90% perbezaannya ialah pada kemahiran EQ. Kemahiran EQ para pemimpin ini jauh lebih tinggi daripada individu dengan prestasi tinggi.”

 

5. Tidak berhenti belajar.

Walaupun mereka sangat pakar dalam bidang masing-masing, sentiasa mendapat maklumat terkini daripada pelbagai sumber sahih serta berada dalam lingkungan orang-orang berpengaruh dan berprofil tinggi, malah diiktiraf sebagai orang-orang yang sudah berjaya, mereka tetap tidak berhenti belajar dan sentiasa mencari ilmu untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka.

Leave a Comment