Bagi mewujudkan syarikat yang mempunyai budaya prestasi tinggi, pemimpin syarikat abad ini mesti mempunyai sikap (attitude) dan tingkah laku (behaviour) yang dapat membina 6 karakter berikut:
1. Mampu melihat peluang dalam hampir setiap perkara.
- Berpandangan dan berfikiran jauh.
- ‘The glass is always half full’.
- Melihat perkara daripada perspektif berbeza.
- Memperkenalkan cara baru untuk melakukan sesuatu perkara.
- Positif. Optimis.
2. Dapat ‘melihat’ hal-hal di luar jangkaan dan mampu menguruskan krisis.
- Fokus yang berstrategik.
- Menjadi ejen perubahan.
- Mempunyai kemahiran ‘kedua’ ialah pandai menguruskan krisis.
- Fleksibel. Boleh beradaptasi.
- Tetap boleh bekerja dengan baik di bawah tekanan.
3. Mampu mencetuskan keterujaan dalam diri pasukan.
- Percaya.
- Berani.
- Tidak takut menjadi perintis.
- Berusaha keras mencapai kecemerlangan.
- Meneroka pelbagai kemungkinan.
4. Mempunyai sifat usahawan semulajadi – sentiasa membina dan menjaga hubungan, berani mengambil risiko yang boleh dikawal, pantas mempelajari sesuatu.
- Dapat melihat kaitan antara satu perkara dengan perkara yang lain.
- Menggunakan sumber yang ada secara efektif.
- Menghargai perhubungan. Membuat ‘pelaburan’ dalam pembangunan manusia.
- Fokus membina momentum.
- Sentiasa mencari cara untuk menjadikan sesuatu keadaan itu lebih baik.
5. Memahami kepentingan ‘mengambil hati’ orang-orang di sekelilingnya.
- Sentiasa bersikap jujur dan memberikan maklum balas langsung.
- Telus.
- Sentiasa bersikap “memberi” dan “berkongsi”.
- Mendahulukan orang lain.
- Membela satu sama lain.
6. Memahami kepentingan sikap saling menyokong satu sama lain untuk membina legasi yang berpanjangan.
- Mendahulukan pasukan. Kolaborasi.
- Melayani orang lain seperti keluarga.
- Berdaya tahan. Saling menyokong satu sama lain.
- Menghormati berbanding meminta dihargai.
- Mempertahankan apa yang diperjuangkan.