4 Jenis Manusia dalam Syarikat & Cara Menguruskan Mereka

Kita sebagai pemimpin kena faham team kita ni ada pelbagai ragam dan kerenah. Jadi cara kita urus kepelbagaian di ofis tak boleh guna cara yang sama untuk setiap orang.

Fahamkan 4 jenis manusia ni dan ada tak orang macam ini di syarikat anda?

 

1. SEMANGAT RENDAH, KEMAHIRAN RENDAH

Orang macam ni kalau susah nak buang, caranya kena bagi ARAHAN & skop tugasan yang jelas dan kena ada sistem pemantauan yang berkesan. Kalau tak ada memang mereka akan bersuka ria je kat ofis.

Seeloknya bagi tekanan yang berterusan sampai mereka hantar surat letak jawatan.

 

2. SEMANGAT TINGGI, KEMAHIRAN RENDAH

Jenis mcm ni kena BIMBING elok-elok, sabar untuk didik & beri tunjuk ajar. Kalau ada SOP yang bagus, Insya-Allah senang je nak bimbing mereka ni.

 

3. SEMANGAT TINGGI, KEMAHIRAN TINGGI

DELEGATE! Jangan kacau diorang buat kerja, sekali sekala je tanya khabar. Masa weekly meeting je minta mereka update perkembangan tugasan mereka.

Bagi je kata-kata penghargaan yang berterusan untuk terus naikkan semangat mereka.

 

4. SEMANGAT RENDAH, KEMAHIRAN TINGGI

Biasanya, ni orang-orang lama yang dah nak pencen. Kalau tak ada big why yang kuat, semangat pun cepat menurun.

Jenis mcm ni kena bagi projek yang buat mereka rasa TERUJA. Baru la naik balik semangat mereka.

Leave a Comment