Tips Soalan Temuduga Ditanya “Billionaire” Dunia (Bahagian 1)

(Bahagian 1)

Artikel ni agak panjang. Ibu pecahkan kepada 2 bahagian.

Setiap kali ibu buka sesi soal jawab dengan usahawan, antara soalan dan keluhan yang paling kerap keluar ialah tentang staf.

 

Sudah tentu kita mahukan staf yang dapat bekerjasama sebagai satu pasukan untuk memajukan, membesarkan dan bersama-sama kita mencapai misi syarikat.

 

Tidak ada seorang usahawan pun dalam dunia ni yang tidak ada masalah dengan staf mereka. Malah, usahawan paling kaya dalam dunia pun sama saja peningnya.

 

Bill Gates sendiri mengakui, mengambil dan menguruskan staf lebih memberikan ‘anxiety’ kepadanya berbanding hal lain di tempat kerja.

 

Orang-orang ‘billionaire’ seperti Gates memang sangat tidak suka dengan ‘bad hires’. Jadi, sewaktu sesi saringan akhir bersama CEO, awal-awal lagi mereka sudah ada set soalan yang mencabar minda calon.

 

Melalui jawapan calon-calon ini, mereka akan segera tahu membezakan staf yang betul-betul ‘akan bekerja’ dan staf yang hanya mahu mendapatkan kerja.

 

‘Billionaire’ tidak ada masa dan tidak mahu bazirkan masa melayan ‘bad hires’. Seboleh-bolehnya, mereka mahu staf yang menyertai syarikat mereka, terus buat sekurangnya-kurangnya satu perbezaan baru dalam syarikat, pada hari pertama mereka bekerja.

 

Untuk usahawan SME, pertaruhannya lebih besar. Kita masih belum ada capital yang banyak, sistem yang kukuh dan staf yang benar-benar mahir, sedangkan bisnes sudah berjalan dan aktiviti pemasaran sudah berlaku.

 

Hanya dengan cara menyaring staf yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan budaya dan gaya pengurusan syarikat dan mengenal pasti staf yang benar-benar mempunyai ‘talent’ dan dapat bekerja bersama dalam satu pasukan – baru kita boleh membina pasukan yang kuat.

 

Apa 5 contoh soalan yang ditanya oleh para ‘billionaire’ ini kepada calon pekerja mereka?

Leave a Comment