Tiga Cabaran untuk Mencapai Sasaran dalam Perniagaan

Mencapai sesuatu cabaran semestinya ada susah senangnya. Harini Ibu share 

tiga cabaran mencapai sasaran.

 

 

1. CONSIDERATIONS (Pertimbangan)

 

Rosnah (bukan nama sebenar) ialah peniaga keropok lekor di tepi jalan. Dia mempunyai impian untuk menjadi jutawan melalui peniagaannya.

 

Lalu, muncul ‘suara-suara’ dalaman dan luaran seperti:

 

“Janganlah jadi Mat Jenin. Mana ada orang jual keropok lekor jadi jutawan,” kata Abu Jahal.

 

“Nak buat jualan juta-juta, modal kau kena besar. Kau mana ada duit. Mana ada orang nak bagi kau duit,” kata Abu Lahab.

 

Rosnah terpengaruh dengan semua kata-kata itu, lalu dia mempertimbangkan semula impiannya.

 

‘Aku memang tak akan jadi berjaya dalam bisnes sampai bila-bila,’ bisik hati jahatnya pula.

 

2. FEAR (Ketakutan)

 

Rosnah mahu berniaga di sebuah kedai yang menjadi tumpuan pelanggan. Tetapi, dia takut untuk bertanya tuan kedai itu.

 

Dia takut permohonnya ditolak. Dia takut malu. Nanti semua orang mengejeknya. Dia juga takut tuan kedai itu akan meletakkan harga sewa yang tinggi.

 

Lalu Rosnah tidak jadi meneruskan rancangannya. Rosnah tidak tahu bahawa ketakutan adalah antara proses yang biasa dilalui oleh orang-orang berjaya.

 

3. ROADBLOCKS (Halangan)

 

Ini halangan di luar kawalan Rosnah.

 

Seorang rakan yang bersetuju menjadi pemodalnya, meninggal dunia. Beberapa hari kemudian, ribut berlaku dan gerainya rosak teruk. Pembekal keropok lekornya juga sudah tidak dapat membekalkan keropok lekor kepadanya.

 

Rosnah sangat kecewa dengan hal ini. Lalu Rosnah terus mengambil keputusan untuk berhenti berniaga dan tidak mahu lagi berangan-angan menjadi orang kaya.

 

‘Consideration’, ‘fear’ dan ‘roadblocks’ adalah cabaran-cabaran yang perlu disedari dan diatasi.

 

Jika tidak, kita akan jadi seperti Rosnah.

Leave a Comment