‘Rewire’ Minda Anda – Cipta Pengalaman Positif Baru

Hidup akan lebih bahagia apabila anda mencipta pengalaman positif yang baru dalam hidup.

 

 

Berbeza dengan sesetengah pendapat yang lain, bahagia itu bukanlah suatu sumber yang terhad. Anda boleh cipta seberapa banyak pun pengalaman positif untuk ‘rewire’ minda anda ke arah mencapai kebahagiaan tersebut.

 

 

Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan pengalaman positif? Anda boleh bayangkan diri anda berada di suatu tempat yang anda sering idamkan, atau membayangkan diri melayari ombak.

 

 

Ataupun anda boleh mencipta pengalaman baru dengan meredah jalan yang tidak pernah anda lalui dan perhatikan sesuatu yang baru di sepanjang perjalanan.

 

 

Apabila anda seronok memerhatikan secara halus sesuatu yang tidak pernah anda terlintas untuk perhatikan sebelum ini, itu sebenarnya adalah satu cara yang baik untuk menjadi positif.

 

 

Sebagai contoh, semasa menulis, penulis secara tiba-tiba terlintas untuk memerhati dan menghargai reka bentuk papan kekuncinya. Walaupun ianya bukanlah pengalaman positif yang besar, tetapi ia tetap memberi nilai kerana membuatkan penulis itu berasa bahagia, walaupun sedikit.

 

 

Pengalaman-pengalaman ini juga boleh membantu kita menghadapi ‘fear’.

 

 

Penulis berasa tidak senang untuk belajar di kolej kerana mengingatkan dirinya yang sering dibuli semasa di sekolah. Disebabkan itu, beliau segan untuk bersosial apabila diajak rakannya.

 

 

Di sebalik keresahan itu, beliau paksa dirinya untuk pergi ke majlis sosial. Terbukti ia adalah suatu pengalaman yang menyeronokkan buat penulis. Pengalaman tersebut membolehkan beliau menghadapi ‘fear’ untuk berada dalam majlis sosial dan ia menjadi sesuatu yang menggembirakan untuk beliau.

 

 

Kadangkala pengalaman tersebut bermula dari niat yang baik.

 

 

Seorang saintis neuro, Jorge Moll mendapati mereka yang banyak menderma lebih bahagia. Kajian beliau pada tahun 2006 menunjukkan bahawa bahagian otak manusia yang bertindak terhadap ‘ganjaran’ lebih aktif dalam otak seseorang yang suka menderma, berbanding mereka yang kedekut.

 

 

Ada banyak faedah menjadi seorang yang suka memberi (altruistic). Orang yang gembira untuk rakannya yang telah mendapat suatu pengalaman positif sebenarnya telah beroleh bahagia yang berganda-ganda untuk dirinya sendiri.

 

 

Lebih seronok untuk berkongsi kebahagiaan dengan orang lain, daripada menyimpannya sendiri.

Leave a Comment