Tips Soalan Temuduga Ditanya “Billionaire” Dunia (Bahagian 2)

(Bahagian 2)

1. “Siapa individu paling paling hebat di dunia yang kamu jadikan idola dan mempengaruhi kerja-kerja kamu?” – Drew Houston, pengasas Dropbox.

 

Houston berkata, dia hanya mahukan orang-orang yang betul-betul cintakan kerja mereka. Soalan-soalannya memang sukar, namun semuanya tentang bidang kerja dan kemahiran calon itu.

 

Kata Houston, soalan itu membantunya mendapatkan orang-orang yang sentiasa mahu menjadi lebih bagus serta mencari cara dan belajar untuk menjadi lebih hebat. Dia langsung tidak mahukan orang yang hanya bekerja untuk makan gaji.

 

2. “Beritahu saya satu risiko paling besar yang pernah kamu ambil untuk mendapatkan satu perkara yang baru.” – Steve Cohen, pengasas Point 72 Asset Management

 

Kata Cohen, dia mahu mendengar jawapan yang unik dan daripada perspektif calon.

 

“Ini ‘risk-taking business’ pada tahap tertentu. Kita cuma mahukan orang-orang yang tidak takut mengambil risiko dan mampu mengawalnya.”

 

3. “Anda berada di mana?” – Elon Musk, pengasas Tesla.

 

Cara Elon Musk agak berbeza. Dia sukakan soalan-soalan menguji minda. Contohnya:

 

“Kamu berdiri di satu tempat. Kemudian berjalan 1 batu ke arah selatan, satu batu ke arah barat dan satu batu ke arah utara. Tempat kamu berakhir itu, betul-betul di tempat kamu bermula tadi. Jadi, kamu sedang berada di mana?”

 

Elon Musk sebenarnya tidak mahukan jawapan. Dia hanya mahu melihat bagaimana cara calon berfikir ‘sendiri’ di luar kotak, memberi jawapan dan menjelaskan logik jawapannya. Google juga suka menggunakan soalan-soalan menguji minda seperti ini.

 

4. “Apa yang kamu tidak ‘ceritakan’ dalam ‘resume’ ini?” – Richard Branson, pengasas Virgin Group.

 

Dalam bukunya, “The Virgin Way”, Branson menulis, tujuan sesi temuramah ialah untuk bertanya perkara yang tidak ada dalam ‘resume’ calon. Contohnya, pengalaman mereka.

 

Calon akan menjawab soalan ini dengan pelbagai cerita, termasuk membanggakan kejayaan-kejayaan lalu mereka. Jawapan yang ‘betul’ ialah yang menunjukkan ciri-ciri positif, empati, ketabahan dan kebijaksanaan.

 

5. “Kamu fikir, ini apa?” – Steve Jobs, pengasas Apple

 

Jobs pula terkenal dengan caranya yang mahu melakukan sendiri sesi temuduga bersama pasukannya. Sepanjang kariernya, dia telah menemuduga lebih 5,000 orang calon. Jobs mewujudkan ujian unik bagi mengenal pasti potensi calon.

 

Sewaktu sesi temuduga, Jobs dan pasukannya akan menunjukkan prototaip produk Apple dan melihat reaksi calon. Calon yang jelas kelihatan teruja dengan potensi teknologi itu dan mula bertanya banyak soalan tentangnya, akan lulus.

 

Jobs mahu semua pekerjanya merasakan mereka adalah sebahagian daripada kumpulan ‘pencipta’ dan ‘peneroka idea baru’ kerana mereka akan lebih mudah memahami dan menghadam, falsafah Apple – daripada proses temuduga sehingga kepada proses pengiklanan.

 

“Interview is so yesterday.”

 

Interview hanya untuk fasa saringan akhir dengan CEO saja. CEO biasanya tahu macam mana nak bagi soalan yang mencabar.

Leave a Comment