EQ (Emotional Quotient) Seorang Pemimpin

Menurut kajian Dr. Travis Bradberry, 90% pemimpin mempunyai tahap EQ yang lebih tinggi daripada para pengikut mereka.

 

EQ (Emotional Quotient) ialah kecerdasan emosi. Ia berbeza dengan IQ (Intellegence Quotient) iaitu kecerdasan minda. Kemahiran EQ ini boleh dibina dan dibangunkan.

 

18 perkara ini adalah antara ciri-ciri individu yang mempunyai EQ yang bagus.

 

  1. Memilih dan menggunakan perkataan yang spesifik untuk menggambarkan perasaan yang spesifik.
  2. Peka dan empati terhadap keadaan dan orang-orang di sekeliling mereka.
  3. Fleksibel, meraikan perubahan dan tidak sukar menyesuaikan diri dengan keadaan baru.
  4. Mengenali kekuatan dan kelemahan diri mereka.
  5. Pandai ‘membaca’ karakter orang-orang di sekeliling dan mampu memahami situasi yang mereka lalui.
  6. Tidak mudah tersinggung. Mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan sentiasa bersikap terbuka. Mereka menyambut gurauan dengan gurauan dan tahu membezakan antara gurauan dengan kata-kata yang merendah-rendahkan.
  7. Tahu menggunakan perkataan “tidak” kepada diri sendiri dan orang lain mengikut situasi dan keutamaan pada ketika itu.
  8. Tidak terlalu mengenang kesilapan mereka, tanpa melupakannya dan sentiasa belajar daripadanya.
  9. Suka memberi tanpa mengharapkan balasan.
  10. Tidak suka mengeluh dan merungut.
  11. Tidak memberi perhatian kepada individu-individu yang toksik.
  12. Tidak mencari kesempurnaan.
  13. Menghargai apa yang dimiliki.
  14. Tahu bila waktu yang perlu untuk berhenti sebentar dan disconnect dengan semua kesibukan atau perkara-perkara yang boleh menyebabkan tekanan.
  15. Tahu menghadkan pengambilan kafein.
  16. Mendapatkan tidur yang cukup.
  17. Tidak melayan pemikiran-pemikiran negative diri sendiri.
  18. Tidak membiarkan orang lain menghalang dirinya daripada berasa gembira dan bahagia.

Leave a Comment