Sikap “Transformational Leadership” yang harus diamalkan oleh semua pemimpin

Untuk mengamalkan “Transformational Leadership Behaviors”, anda tidak perlu melakukan perkara yang besar & susah. Cukup dengan amalkan beberapa sikap perkara yang mudah yang dibuat secara konsisten, akan menghasilkan perubahan besar dalam jangka masa yang panjang.

Beberapa contoh sikap yang boleh diamalkan untuk menjadi seorang ‘transformational leader :

 

1. WALK THE TALK

Pekerja akan percaya dan menghormati pemimpin yang sentiasa konsisten untuk memilih melakukan perkara yang betul, dan bukannya semata-mata untuk mendapat keuntungan daripadanya.

Melakukan perkara yang betul daripada perkara yang menguntungkan mungkin meninggalkan anda dalam keadaan yang sukar untuk dihadapi, tetapi anda tetap melakukannya, kerana anda menghargai kepimpinan yang bukan mementingkan keuntungan anda secara peribadi, tetapi dengan menaikkan orang-orang di sekeliling anda.

 

 

2. SALURKAN SIKAP OPTIMIS

Optimism is infectious. Memberitahu pekerja yang “Saya yakin anda boleh melakukannya!” akan memberi inspirasi kepada mereka untuk melangkah lebih jauh dan mencapai perkara yang hebat.

Anda juga akan memberi inspirasi kepada pekerja anda apabila mereka boleh berkongsi cerita dan perkara yang menyatukan mereka dengan nilai teras syarikat anda.

 

 

3. EMPOWER DECISION MAKING

Menggalakkan orang bawahan untuk berfikir tentang masalah yang berkenaan dengan kerja dengan cara baru, memberi peluang kepada mereka untuk membangun dan berkembang, dan menyediakan mereka untuk kedudukan seterusnya dalam organisasi.

Ingatlah bahawa apabila pekerja meminta anda untuk melakukan sesuatu, mereka sudah tahu jawapannya, mereka sebenarnya hanya ingin meminta kebenaran dari anda.

 

 

4. BERIKAN PENGHARGAAN

Menunjukkan belas kasihan, penghargaan dan pengiktirafan, dan mewujudkan hubungan. Sentiasa mendengar, mengucapkan terima kasih, menggunakan nama dalam perbualan dan e-mel.

Perkara ini tidak memerlukan masa yang banyak, tetapi semuanya berfungsi sebagai kekuatan yang akan mengikat anda bersama dalam hubungan yang berkekalan dan juga di mana kepimpinan seperti ini akan dikehendaki dan diperlukan pada masa akan datang.

Leave a Comment