4 I’s dalam Transformational Leadership

Tanggungjawab seorang leader itu bukan sesuatu yang mudah. Kita mempunyai amanah yang besar untuk menjadi leader yang efektif dan bagus. Kita bertanggungjawab membawa organisasi ke arah yang lebih baik.

Jika anak buah kita faham dan jelas dengan tanggungjawab mereka. Kita juga kena pastikan motivasi mereka juga sentiasa dijaga dan bersemangat untuk melakukan tugasan.

Sebagai leader, kita kena melahirkan lebih ramai leader dalam syarikat kita.

Terdapat 4 I dalam Transformational Leadership, empat ciri pemimpin itu adalah :

 

𝟭) 𝗜𝗗𝗘𝗔𝗟𝗜𝗭𝗘𝗗 𝗜𝗡𝗙𝗟𝗨𝗘𝗡𝗖𝗘

Pemimpin yang menjadi role model kepada pengikutnya. Mereka “walk-the-talk” sehingga para pengikutnya terinspirasi hanya dengan melihat cara mereka memimpin, mengendalikan situasi dan menguruskan pasukan.

Seorang pemimpin yang ada value yang boleh menjadi contoh kepada staff dan mengamalkan nilai-nilai dalam setiap tindakan mereka.

 

𝟮) 𝗜𝗡𝗦𝗣𝗜𝗥𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗠𝗢𝗧𝗜𝗩𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡

Pemimpin yang pandai memotivasikan pengikutnya melalui ucapan dan kata-katanya yang ringkas, tetapi padat dan bersemangat.

Pemimpin ini mampu membangkitkan keyakinan, motivasi dan matlamat dalam diri para pengikutnya. Pengikut yang mendengar kata-kata mereka selalu termotivasi dan secara tak langsung memberi semangat dan keyakinan pada pengikutnya.

Pemimpin transformasi ini mesti menyatakan dengan jelas mengenai visinya untuk masa hadapan, menyuarakan harapan kumpulannya dan menunjukkan komitmen untuk mencapai sasaran yang dinyatakan.

 

𝟯) 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗟𝗟𝗘𝗖𝗧𝗨𝗔𝗟 𝗦𝗧𝗜𝗠𝗨𝗟𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡

Mereka menggalakkan ahli pasukannya mengeluarkan bakat, idea dan intelektual mereka dengan cara bertanya dan meminta pandangan ahli-ahli pasukannya.

Mereka juga lebih banyak mendengar dan membantu ahli pasukannya mempertimbangkan faktor-faktor lain. Mereka mewujudkan suasana yang memberangsang dan menggalakkan mereka untuk memberi pendapat dan menyumbang idea.

Sekiranya terdapat kelemahan dalam pendapat itu, berbanding terus membantah dan mengeluarkan arahan untuk dipatuhi.

 

𝟰) 𝗜𝗡𝗗𝗜𝗩𝗜𝗗𝗨𝗔𝗟𝗜𝗭𝗘𝗗 𝗖𝗢𝗡𝗦𝗜𝗗𝗘𝗥𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡

Mempunyai empati yang tinggi kepada setiap pengikutnya. Mereka tidak menghukum atau mengenakan tindakan secara melulu dan ‘pukul rata’, sebaliknya menggunakan pendekatan tertentu yang sesuai dengan kelebihan, kelemahan dan latar belakang setiap ahli pasukan.

Pemimpin yang ada individualised consideration perlu faham yang setiap satu anak buah mereka adalah berbeza.

Dalam elemen ini, pemimpin ini mesti berupaya mengenal pasti atau menentukan apa motivasi setiap ahli pasukannya, sama ada melalui pemerhatian atau ‘risikan’.

Sedangkan setiap manusia diciptakan dengan cap jari yang berbeza, personaliti mereka berbeza, cara untuk memotivasikan mereka adalah berbeza.

Tidak adil untuk kita layan semua anak buah kita dengan cara yang sama hanya kerana kita mahu dapatkan hasil yang sama dari mereka.

 

Cara memimpin zaman dulu sangat sukar untuk survive di zaman sekarang. Pemimpin transformasi adalah sangat kritikal dalam dunia VUCA.

Leave a Comment