3 tips untuk pemimpin

Jaga kepercayaan ahli pasukan kita
Kepercayaan adalah antara pelincir untuk mudahkan urusan kita dengan pasukan. Jaga kepercayaan ini. Kalau kepercayaan itu hilang, susah nak tebus balik.

Tunjukkan tauladan yang baik dan konsisten. Insya-Allah, itu akan menjamin kesetiaan mereka kepada kita.

Jangan lupakan ahli pasukan sewaktu merancang
Apabila kita membuat perancangan untuk capai sasaran, jangan lupa ‘masukkan’ ahli pasukan dalam perancangan kita, terutama generasi muda. Rancangan kita itu, akan beri impak langsung kepada mereka.

Jangan hanya fokus kepada hal-hal taktikal tanpa kita tengok betul-betul kemampuan pasukan.

Groom them. Grow them. Insya-Allah, mereka akan bantu kita capai sasaran kita itu.

Jangan menakut-nakutkan atau mengugut pasukan. Katakan yang benar sahaja.
Jangan ugut nak potong gaji. Jangan ugut nak pindahkan ke cawangan lain. Jangan ugut nak berhentikan kerja.

Jelaskan tentang “cause and consequence”. Jelaskan juga tentang “carrot and stick”. Itu sahaja.

Ugutan tidak akan menakut-nakutkan mereka, sebaliknya hanya membuatkan mereka berdendam dan tak hormatkan kita.

Tetapi, apabila kita gunakan kaedah “carrot and stick” dan jelaskan pula tentang “cause and consequence”, mereka akan lebih nampak ketegasan kita dan tak berani nak main-main dengan kita.

Insya-Allah.

Leave a Comment