Pemimpin perlu jelas beri arahan

Banyak isu kita dengar, anak buah tidak dapat arahan jelas dan tidak faham dari pemimpin.


Sebagai pemimpin, kita perlu memberikan kejelasan memberi arahan dan bagaimana tugas itu boleh disempurnakan dan juga penetapan waktu yang diperuntukkan untuk menyelesaikannya.


Arahan yang baik disampaikan kepada anak buah secara spesifik boleh memberi mereka tentang gambaran awal dan kefahaman yang jelas untuk memulakan sesuatu tugasan yang diberikan dan disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan.


Secara tak langsung, matlamat syarikat akan tercapai sekiranya mendapat kerjasama daripada anak buah dan membantu anak buah menghasilkan kerja yang mencapai kpi dan visi syarikat.

Leave a Comment