Roadmap : Kesilapan paling besar bila buat Strategic Planning tahunan

Bulan oktober & november adalah bulan yang terbaik untuk buat perancangan strategik syarikat untuk tahun depan.
Walau bagaimana pun, sebelum boleh buat Strategic Planning, anda dah ada belum roadmap syarikat?

Roadmap syarikat ni adalah terjemahan daripada visi syarikat supaya visi syarikat tidak hanya menjadi poster yang cantik menghiasi dinding pejabat, tetapi satu penyataan yang memang akan direalisasikan dengan bersunggguh-sungguh.
 

Sekiranya tak ada roadmap, strategic planning yang dIbuat tu untuk capai apa sebenarnya? Nak tuju ke mana?

Sebelum kita buat strategic planning, kita mesti ada visi, misi dan roadmap syarikat. Kalau kita tak tahu apa nak capai, mana kita nak tuju, umpama pandu kereta tetapi tak tahu mana destinasi nak pergi.
 
Contohnya kalau kita nak pergi Alor Setar, kita kena tahu RnR itu arah utara dan selatan? Takkan kita pergi Alor Setar tapi kita ke RnR Selatan? Memang dah salah arah. Macam itu juga kalau kita nak buat strategic planning, kita kena tahu asas baru boleh buat strategic planning.
 
Jom tengok video ni Ibu terangkan macam mana nak buat roadmap bisnes yang lahir daripada visi & misi syarikat.

Leave a Comment