Mindset oleh Carol Dweck

Minda Membina vs Minda Terhad

Hari ini ibu nak kongsikan tentang Minda oleh Carol Dweck.

Orang yang mempunyai minda terhad ialah orang yang jenis menghalang pembangunan dirinya dengan satu kepercayaan dalaman dan takut gagal.

Sebaliknya, orang yang minda membangun ialah orang yang bekerja kuat dan melatih dirinya membina potensi yang ada hingga ke tahap tertinggi.

Bagaimana  manusia boleh berbeza minda?
Minda menentukan kepercyaan kita sama ada kita percaya bahawa kita boleh belajar, berubah atau maju – begitu juga sebaliknya.

Bagi orang yang  berminda membina, mereka percaya kejayaan itu tak mustahil. Bagi yang berminda terhad, mereka umpama meletakkan batu dalam fikiran mereka – semuanya tak boleh.

Apakah kesannya pada sikap kita jika kita mempunyai minda ini?
Orang yang  berminda terhad, suka mencari pengesahan; orang yang berminda membina pula suka mencari kejayaan.

Orang yang  berminda terhad melihat kegagalan sebagai satu malapetaka; orang yang berminda membina pula melihat kegagalan sebagai peluang.

Orang yang berminda terhad suka mengelak cabaran; orang yang berminda membina meraikan cabaran.

Bolehkah kita mengubah minda?
Minda kita selalunya dipengaruhi oleh role model semasa kita masih kanak2. Sesiapa pun boleh mengubah minda daripada terhad kepada minda membina.

Semua orang boleh!

Leave a Comment