Kehidupan

Dalam kehidupan ini, ada yang manis ada yang pahit.

Kadang-Kadang, yang pahit boleh akhirnya bertukar jadi manis, kita hanya perlu redha dan bersabar.

Percayalah sayang..

Yang penting, bersihkan hati kita sendiri, tak perlu fikirkan hati orang lain, kita tiada kuasa penuh untuk merubah semua itu.

Kita latih untuk sentiasa fikir positif, kalau minda kita cepat saja fikir yangg negatif, menimbulkan prasangka, cepat-cepat tukar ke arah positif. Buat begini setiap kali kita menghadapi dan latih minda kita, insya Allah suatu ketika nanti, ia jadi mudah dan natural. Kita buat begini bukan untuk org lain, tapi untuk kesihatan minda kita juga.

Ingat pesanan Ibu ni sayang.

Jangan cepat melatah, selalu bercakap dALAM fikiran kita, “mungkin aku tiada info sebenar, mungkin aku salah faham, dia pun susah juga, kesian dia.

“Ya Allah, bantu lah dia. Aku tahu perbuatan dia yang menyakitkan hati ku ini adalah berdasarkan salah faham sahaja, kalau aku jadi dia, aku pun akan marah… Ya Allah, berilah kami peluang untuk fahami situasi ini, dan timbulkan balik rasa kasih antara kami.”

Sayang, kehidupan kita di dunia ini terlalu pendek, terlalu pendek, percayalah. Kita tiada masa nak membenci dan menambah dosa yang tak perlu.

Berdamailah sayang-sayangku. Kita kan bersaudara.

Leave a Comment