Nilai Ali & Abu

Ada 2 orang budak sekolah bernama Ali dan Abu. Mereka berdua telah ditangkap kerana merokok dalam kawasan sekolah.

Ali merupakan anak orang kaya yang memiliki kesenangan harta. Dia suka nampak cool, berlagak dan sombong di depan kawan-kawannya.

Manakala, Abu, adalah anak orang miskin yang selalu stress. Mak Ayah yang suka salahkan anak tanpa sebab sehinggakan Abu memberontak dan tidak lagi menghiraukan tentang dirinya sendiri.

Walaupun, perlakuan mereka sama iaitu merokok dalam kawasan sekolah tetapi value, attitude dan behavior mereka sangat berbeza.

Tetapi kebiasaannya yang berlaku, mereka berdua sama-sama dirotan dan dibuang sekolah. Namun, mereka tetap akan melakukan perkara yang sama kerana kita tidak memenuhi kekurangan value yang mereka ada iaitu empati kepada Ali dan kasih sayang kepada Abu.

Sekiranya value ini diterapkan kepada kedua-duanya, dah tentu akan menghasilkan attitude dan behavior yang lebih baik dan akhirnya menghasilkan result yang lebih positif.

Sama juga antara kita dan staff. Andai kata kita mencerapkan nilai yang betul kepada ahli pasukan kita, insyaAllah mereka akan lebih sayang kepada organisasi dan akhirnya memberi impak yang positif kepada prestasi kerja mereka.

Boleh faham cerita ini? Ibu sedang ceritakan berkaitan VABR (Value + Attitude + Behaviour = Result)

VABR sangat penting membantu kita mencari nilai-nilai yang diperlukan untuk mewujudkan result yang kita mahukan. Nilai-nilai ini sangat diperlukan untuk memastikan untuk menjadi seorang pemimpin di atas nilai-nilai yang kita mahukan.

Leave a Comment