Wanita juga mampu menjadi pemimpin yang hebat

Kebanyakan wanita di luar sana fikir bahawa mereka tidak mampu untuk menjadi seorang pemimpin yang baik.

Bila Ibu tanya, “Kenapa tak boleh?”

“Kalau tengok pemimpin-pemimpin dunia hari ini pun, kebanyakannya lelaki. Jarang ada pemimpin wanita.”

Jadi, mereka fikir seorang pemimpin perlu mempunyai ciri-ciri yang maskulin. “Pemimpin perlu tegas, tahu cara memberi arahan dan sebagainya.” Jadi, kalau wanita mahu jadi pemimpin yang bagus, perlu ada sifat maskulin.

Memang betul. Kebanyakan pemimpin dunia adalah lelaki. Tetapi anda juga salah jika fikir seorang pemimpin hanya perlukan sifat maskulin untuk menjadi pemimpin yang baik.

Sifat feminine juga penting untuk menjadi pemimpin yang baik. Sifat feminine
merangkumi sifat penyayang, simpati, suka mendengar dan sebagainya.

Sifat feminine ini tidak semestinya hanya wujud dalam diri seorang wanita. Contohnya, Nabi Muhammad SAW banyak menunjukkan sifat feminine sebagai seorang pemimpin dan kita semua tahu baginda seorang pemimpin yang hebat. Sifat feminine yang dimaksudkan adalah seperti sifat pemaaf, penyayang dan pendengar.

Dalam Asmaul Husna juga terdapat sifat feminine dan maskulin iaitu Ar-Rahman & Ar-Rahim. Begitu juga dalam organisasi, tidak kira wanita atau lelaki pasti kedua-keduanya mempunyai sifat feminine dan maskulin.

Maka, anda perlu tahu bila dan di mana kita perlu tunjukkan sifat maskulin dan feminine untuk menjadi seorang pemimpin yang bagus. Tak kiralah anda seorang lelaki mahupun wanita.

Leave a Comment