10 kualiti usahawan berjaya

1. Disiplin
Fokus menjayakan bisnes mereka dengan pelbagai strategi dan taktik, mengatasi apa sahaja halangan untuk mencapai matlamat serta memastikan setiap hari ada pencapaian baru ke arah objektif mereka.

2. Yakin
Tidak ‘bertanya’ sama ada mereka layak berjaya ataupun tidak. Mereka buat saja.

3. Berfikiran terbuka
Sentiasa melihat sesuatu perkara atau situasi sebagai peluang melakukan sesuatu.

4. Pemula (Self Starter)
Mereka tahu apabila sesuatu perkara itu perlu dilakukan, mereka yang perlu memulakannya. Mereka menetapkan parameter-parameter dan memastikan projek itu berjalan mengikuti parameter-parameter itu. Mereka proaktif dan tidak menunggu orang lain memberikan ‘kebenaran’ untuk melakukannya.

5. Kompetetif
Sentiasa berusaha melakukan yang terbaik dan lebih baik daripada orang lain.

6. Kreatif
Mencipta solusi baru atau menghasilkan idea dan konsep baru sesuatu produk atau servis untuk dikomersialkan.

7. Keazaman
Tidak mudah mengalah dengan kekalahan.

8. Kemahiran komunikasi yang kuat
Pandai ‘menampakkan’ sisi hikmah sesuatu situasi dan membantu orang lain untuk turut berjaya.

9. Etika kerja yang kuat
Mereka menunjukkan sikap bekerja kuat dalam memastikan mereka mendapat hasil yang mereka mahukan.

10. Keghairahan (Passion)
Ciri paling utama pada semua usahawan yang berjaya. Mereka sangat cintakan apa yang mereka lakukan.

Leave a Comment