3 perkara yang lego buat untuk kembalikan brand mereka

LEGO yang kita main dari kita kecil tu nampak macam powerkan sebab boleh bertahan sampai sekarang? Tau tak LEGO pernah ada hutang sebanyak $800 juta pada tahun 2003?

Macam mana LEGO boleh berjaya? Rupa-rupanya, Lego berjaya membuat kemunculan semula jenama terbesar mereka melalui tiga perkara ni je :

1. Tumpu pada produk yang hendak dijual

Mereka mengurangkan produk dan fokus kepada core business mereka. Mereka telah berjaya mengurangkan sebanyak 12,900 produk kepada 7,000 produk.

Mereka lebih fokus kepada produk yang boleh mengembangkan jenama mereka. Ketika jenama produk berkembang, jangan tersasar. Fokus produk yang hendak dijual.

2. Mencari pasaran baru

Kita kena sentiasa berhadapan dengan perubahan masa. Kita sentiasa bersiap sedia. Cari cara untuk tetap menjadi relevan, tetap berpegang teguh pada identiti dan tujuan jenama anda.

3. Fokus pada pelanggan yang betul

Dalam kisah ini, pemimpin Lego meluangkan masa untuk memahami pelanggan mereka dan mereka dapat kembali pada ‘track’ jualan mereka.

So, kita perlu melihat siapa sasaran sebenar kita iaitu siapa MARIAM kita. Kita perlu membuat kajian dengan terperinci terhadap kehendak pelanggan mereka.

Menjual produk atau servis tidak boleh membuat sebarang andaian tanpa mengetahui apakah kehendak pelanggan kita tu, ibaratnya macam berjudi. Juallah produk apa pun dengan harapan pelanggan akan beli. Itu yang buat bisnes tak sustain.

Leave a Comment