Bagaimana swot & tows membantu organisasi anda?

Ramai yang tahu tentang SWOT kan? Ramai pernah dengar. Masa zaman universiti dulu, belajar juga tentang SWOT kan?

SWOT ialah satu analisa tentang Kekuatan (Strength), Kelemahan (Weakness), Peluang (Opportunity) dan Ancaman (Threat). Kekuatan dan Kelemahan ini ialah tentang keadaan dalaman bisnes kita. Peluang dan Ancaman pula adalah hal-hal yang di luar kawalan kita.

Contohnya:
Kekuatan – jenama produk kita kuat.
Kelemahan – tak cukup tenaga kerja.
Peluang – ada pelabur mahu melabur.
Ancaman – situasi politik tidak stabil

TOWS pula ialah satu proses menganalisa SWOT dan mencipta strategi-strategi daripadanya.

SO – Strength & Opportunity
Bagaimana kita boleh gunakan Kekuatan kita untuk dapatkan Peluang yang ditawarkan.

ST – Strength & Threat
Bagaimana kita boleh gunakan Kekuatan kita untuk mengatasi Ancaman.

WO – Weakness & Opportunity
Bagaimana kita boleh perbaiki Kelemahan untuk mengambil Peluang yang ditawarkan.

WT – Weakness & Threat
Bagaimana kita boleh perbaiki Kelemahan untuk mengatasi Ancaman.

Soalan-soalan ini akan melahirkan strategi-strategi berdasarkan faktor dalaman dan luaran organisasi anda.

Leave a Comment