Pandang ke hadapan
Sebagai pemimpin, kita perlu pandang kedepan, yang lalu mungkin sudah menjadi kenangan. Ada bisnes perlu mula dari 0, ada yang kena baiki teruk bisnes mereka, ada yang tak terkesan, ada yang meraih untung besar di situasi begini.
a) Peluang : Cari peluang-peluang yang ada untuk pastikan cashflow sentiasa ok. Buang ego. Cari peluang (collaboration, ebook, apa yang orang perlukan) dan jadilah kreatif. Cari peluang-peluang semasa dan selepas COVID. Katalah kerajaan dah declare clear, apa yang orang perlukan masa ni? Tempoh nya : During crisis, post crisis, fasa tenang.
b) Halatuju : Buat roadmap. Apa saja situasi kita, kita kena mula memikirkan tentang target atau gol baru kita.
Contoh, pecahkan kepada 3 bahagian : 3 bulan sekarang, 3 bulan lepas tu, dan 3 bulan yang terakhir.
Memahami
a) Kita kena faham situasi yang sedang berlaku
b) Kita kena faham kedudukan bisnes kita
c) Kita kena faham relevant nya produk atau servis kita
d) Kita kena faham keadaan/ kesungguhan/kesetiaan pasukan kita atau sebaliknya.
Kejelasan yang jitu (Military precision)
Ketepatan yang extreme. Bila terjadi chaos, kita perlu kejelasan yang jitu. Pasukan kita sedang didalam keadaan yang kurang rasional dan ketakutan. Bila kita bagi arahan yang samar-samar, kemungkinan untuk di salah tafsir tu tinggi. Mengharap org boleh fokus dan menganalisa maksud kita itu hampir mustahil, Kita sekarang bagaikan dalam medan perang. Tak punya masa nak harapkan mereka untuk berhenti berfikir. Kita sekarang dalam ‘survival mode.’
Pemimpin wajib beri kejelasan pada pasukan kita di dalam :
a) Mentafsirkan keadaan
b) Mentafsirkan kedudukan syarikat
c) Memberi arahan
Ketahanan
Dalam krisis, mental, spiritual dan emosi memainkan peranan penting. Ini kita panggil IQ, EQ dan SQ. Kita perlu ketiga-tiga ni. Bila kita mampu seimbangkan, insya-Allah, kita mampu bertahan mengharungi ujian ini dengan tenang dan bila spiritual kita kuat, kita boleh menganggapkan ini sebagai satu rahmat.
Akal adalah pemberian Allah. Gunakan sebaiknya cari jalan dan ikhtia