Written by 1:43 pm Leading in The New Normal

5 tahap kepimpinan John C. Maxwell

Kita bukan hanya sekadar mahu jadi leader yang dipatuhi kerana jawatan, kita mahu jadi leader yang memberi sumber inspirasi.

5 tahap kepimpinan tersebut :

Position
Mereka ikut sebab pangkat dan jawatan. Mahu ataupun tidak, suka ataupun tidak, orang bawahan terpaksa mendengar dan mengikut arahan mereka.

Permission (Relationship)
Orang lain mengikuti kita kerana kerelaan mereka sendiri. Bukan kerana terpaksa ikut atau terpaksa menerima arahan kita. Mereka ikut kerana mereka percaya pada kita dan mahu ikut kepimpinan kita.

Production (result)
Orang lain mengikut kita selepas melihat apa yang kita lakukan kepada organisasi. Mereka ikut selepas melihat kejayaan yang telah kita kecapi.

People Development (Reproduction)
Orang lain mengikut kita selepas terkesan dengan apa yang kita lakukan. Secara peribadi mereka ikut atas sebab peluang masa depan untuk pembangunan diri seseorang yang dibantu oleh leader.

Pinneacle (Respect)a
Orang lain mengikut kita selepas melihat “siapa” kita dan “apa” yang kita lakukan dan perjuangkan.

Jadi, kita leader yang mana?

Menurut Maxwell, kita boleh beralih daripada satu tahap ke tahap seterusnya dan menjadi lebih berpengaruh, dihormati dan menjadi pemimpin berjaya.

Memahirkan diri dengan skill kepimpinan, sama seperti kita sedang memanjat tangga; kita mesti menguasai setiap langkah supaya dapat memanjat lebih tinggi.

Dapat sesuatu?

(Visited 8 times, 1 visits today)
Close