” A weak leader likes to tell us how many people work for them. A great leader is humbled to tell us how many people they work for. ”
– Simon Sinek
Apa maksud kata-kata di atas?
Sebagai pemimpin, banyak kesilapan yang kita lakukan kerana title kita sebagai “founder“.
Antara kesilapan yang selalu kita lakukan secara sedar atau tidak :
- Kita menganggap staf tahu apa yang perlu dibuat, sedangkan kita tak bagi “clarity” dan “work instructions” yang jelas.
- Kita beranggapan bahawa kita lebih berpengalaman dan lebih bijak daripada mereka tanpa kita sedari, setiap manusia mempunyai kelebihan dan keupayaan tersendiri.
- Kita fikir bahawa kita punyai kuasa untuk mengarah pekerja kerana syarikat yang membayar gaji mereka.
Sikap ini semuanya bermula daripada mindset negatif.
Sesuatu perbuatan bermula daripada mindset seseorang dan ia akan menentukan jenis pemimpin macam mana kita nak jadi. Betulkan niat tu, ubah mindset kita agar kita boleh mengubah budaya syarikat kita.