Dunia sekarang ialah dunia VUCA. Ia turut dipanggil “The New Normal”.
VUCA adalah satu suasana ketidak-tentuan yang ketara. Tiada apa yang pasti dalam dunia VUCA. Kita sukar membuat ramalan atau jangkaan seperti dulu.
The future is here and now.
Dulu, pemimpin diajar dan dilatih dengan skil yang tidak menekan kan situasi VUCA. Kajian menunjukkan kebanyakan pemimpin dunia sekarang tidak mempunyai skil untuk menghadapi dunia VUCA.
Oleh sebab itulah, pembelajaran mengenai kepimpinan pada waktu ini seharusnya mempunyai elemen-elemen yang dapat menyediakan pemimpin untuk menghadapi dunia VUCA.
Itu yang Ibu terapkan dalam setiap modul Ibu.
Apakah itu VUCA?
VUCA terdiri daripada Volatility, Uncertainty, Complexity dan Ambiguity.
Volatility atau Volatile adalah satu keadaan di mana perubahan berlaku dengan sangat pentas. Kita mempelajari sesuatu yang kita fikir ia baru dan terkini. Belum sempat kita mengaplikasikannya atau ketika kita sedang mencubanya, apa yang kita belajar itu sudah berubah. Outdated. Kita sehingga tidak mampu mengejar perubahan yang terlalu pantas ini.
Contohnya handphone, komputer atau teknologi lain. Trending dunia, perubahan harga komoditi global, semua berubah terlalu cepat tanpa dijangka.
Sewaktu zaman ketenangan pada sekitar tahun 1970-an – 1980-an, sesuatu keadaan itu stabil dalam tempoh yang lama.
Jadi kita dapat membuat ramalan atau jangkaan mengenai apa yang akan berlaku seterusnya.
VISION
Bagi menghadapi volatility, pemimpin perlu mempelajari skil mengenai Vision. Mereka perlu mempunyai kemahiran meramal apa akan berlaku pada masa akan datang berdasarkan keadaan semasa. Mereka perlu pandai forecast dan memastikan diri mereka sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan terkini. Anticipate!
UNCERTAINTY
Uncertainty pula adalah satu keadaan yang tidak pasti. Ketidak-tentuan. Dalam zaman ini, tidak ada satu perkara pun yang benar-benar pasti. Cara menghadapinya ialah dengan memahami sesuatu perkara itu. Understand!
Kita tidak boleh lagi banyak bercakap dan hanya memahami sesuatu daripada sudut pandang kita saja. Tidak boleh lagi sepenuhnya menguasai mesyuarat atau apa saja perbincangan.
Sebaliknya, pemimpin perlu lebih banyak mendengar supaya lebih memahami apa yang sedang berlaku. Melalui cara ini mereka akan dapat lebih melihat dan menilai sesuatu perkara daripada setiap sudut dan pendapat.
Kemahiran mendengar pula melibatkan beberapa teknik yang perlu pemimpin tahu.
Kita tidak boleh menggunakan bahasa-bahasa yang terlalu tinggi atau istilah-istilah bombastik yang tidak difahami oleh orang lain. Apabila mahu menerangkan sesuatu, ia perlu disampaikan dengan jelas. Gunakan bahasa yang difahami oleh semua orang.
Dalam dunia VUCA, ia sangat membuang masa apabila kita mengambil masa yang lama untuk memahami sesuatu perkara.
Libatkan mereka dalam setiap perbincangan mengenai visi syarikat. Dengar pendapat mereka. Jangan buatkan orang bawahan kita perlu mengambil masa untuk memahami sesuatu.
COMPLEXITY
Complexity adalah keserabutan dunia dan ekonomi sekarang. Dunia kini sangat kompleks. Kita langsung tidak dapat mengagak harga komoditi dunia akan jatuh teruk. Namun pada bila-bila masa ia naik di luar jangkaan kita. Ia melibatkan satu proses yang kompleks.
Mentafsirkan data di zaman VUCA tidak sama dengan mentafsirkan data di zaman sebelum ini. Zaman ini terlalu kompleks. Banyak perkara berkaitan yang tidak jelas.
Bagi menghadapi complexity, kita perlu menggunakan kaedah Clarity. Perlu ada KPI yang jelas, sasaran, balance score card dan sebagainya. Skop kerja perlu jelas. Tidak ada arahan bertindih.
Elakkan memberi ayat, “Awak fikir sendiri bagaimana menguruskan bahagian ini.” Itu dulu.
Dalam zaman VUCA kita tidak boleh lagi menganggap setiap orang jelas dengan halatuju syarikat. Beri arahan yang jelas. Satu persatu. Apa yang boleh, dan apa yang tidak boleh. Berikan objektif dan apa hasil yang kita mahu.
AMBIGUITY
Ambiguity pula kejerebuan ekonomi. Masa depan semakin samar-samar. Kabur. Ibaratnya dulu, kita masih boleh memandu dalam keadaan berjerebu dengan jarak penglihatan sejauhu 1 km atau 500 m. Sekarang, 30 m saja.
Dalam keadaan Ambiguity, kita tidak boleh asyik merungut atau komplen. Kita tidak boleh marah-marah apabila arahan majikan bertukar. Mereka sendiri tidak mahu memberikan arahan yang berbeza, malahan, mereka sendiri mahukan kepastian dan kestabilan.
Namun, dalam dunia VUCA, semuanya samar-samar. Keadaan berubah terlalu laju. Pasaran sentiasa dalam keadaan tidak menentu. Dan setiap keputusan melibatkan proses yang kompleks. Mereka sendiri tidak dapat membuat ramalan yang tepat atau hampir tepat.
Penawar Ambiguity ialah agility. Kekuatan. Ketahanan minda. Tidak perlu cepat mengeluh dan putus asa, jalan ters. Hati dan minda perlu kuat. Dunia VUCA adalah dunia penuh cabaran. Jangan komplen. Jangan gopoh. Jangan cepat panik.
Dunia sudah cukup VUCA. Jangan ditambahkan lagi.
Pada zaman ini, kita seperti berjalan dalam keadaan teraba-raba. Namun, kita kena tetap perlu menetapkan sasaran kita dan yakin akan sampai kepada sasaran itu.
Guna instrument. Segera tukar kaedah jika perlu. Gunakan calculation. Jalan terus. Berhenti merungut.
We will arrive.
Dalam dunia VUCA, daya ketahanan adalah perkara paling penting yang kita perlu ada. Dulu, hampir semuanya boleh diramal. Kita boleh nampak coraknya.
Sekarang tidak lagi.
Data 10 tahun lepas, belum tentu boleh digunakan lagi sekarang. Jika melihat graf berdasarkan analisis data 10 tahun dulu, peratus kenaikan atau penurunan mungkin hampir sama. Kitaran pun hampir sama.
Sekarang, mungkin tidak stabil lagi.
Kita perlu forecast berdasarkan keadaan semasa. Perlu pantas ambil peluang dan gunakan peluang itu sebaik-baiknya.