Tony Fernandes beli Airasia daripada kerajaan Malaysia dengan harga RM 1 sahaja. Ketika tu industri penerbangan goyah akibat peristiwa 9/11 attack.
Beliau jadikan ini sebagai big why untuk semua orang mampu terbang – Now Everyone Can Fly
Ibu nak ringkaskan, apa kaitan “big why” dalam menentukan misi syarikat?
Big why adalah Mission Statement nombor 4 seperti yang Ibu ajar dalam kelas BSS.
Seperti kisah Tony Fernandes, beliau pernah belajar dan bekerja di London. Beliau mendapat tiket balik ke Malaysia sangat mahal dan pada tahun 2001, ketika itu tidak semua orang mampu menaiki kapal terbang terutamanya penduduk Asia.
Ia menjadi pembakar semangat beliau untuk mengubah nasib semua orang agar boleh menaiki kapal terbang dengan harga yang berpatutan.
Pada tahun 2001, beliau membeli Airasia dengan harga RM 1 daripada kerajaan Malaysia dengan harapan untuk memberi “privilege” kepada semua orang untuk menaiki kapal terbang.
16 tahun kemudian, syarikat tersebut menerbangkan lebih 56.6 juta penumpang ke lebih 120 destinasi. Big why beliau adalah untuk menyelesaikan masalah orang ramai yang tidak mampu menaiki flight dan membantu ramai orang dengan menyediakan peluang pekerjaan.
Jadikan “big why” sebagai pembakar semangat untuk mengubah hidup seseorang dan orang-orang disekelilingnya.