Biodata Ibu Hanim

DATUK FARIDAH HANIM HARON

Datuk Faridah Hanim Haron atau lebih mesra dikenali sebagai Ibu Hanim, ialah Presiden Annems Leadership Solution Sdn Bhd. Pada tahun 2017 beliau telah terpilih menerima anugerah ‘Panglima Mahkota Wilayah’ yang membawa gelaran ‘Datuk’ dari Yang Di-Pertuan Agong, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V, diatas sumbangan beliau ketika berkhidmat sebagai Penasihat Pembangunan Kepimpinan dan Pembelajaran di SPRM. Beliau juga merupakan guru kepada lebih dari 350 syarikat dan penasihat kepada 15 syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang bertaraf Growth di seluruh Malaysia.

 

Beliau mempunyai hampir 25 tahun pengalaman dalam bidang Pembangunan Modal Insan termasuk mengetuai projek-projek Perubahan, Transformasi dan Pembangunan Organisasi serta projek-projek yang bertumpu kepada Peningkatan Kualiti. Selain itu, beliau merupakan Certified Professional Facilitatoryang melayakkan beliau menjadi pemudah cara bagi menyelesaikan isu-isu yang kompleks. Beliau juga berkelulusan MBA (Keusahawanan) dari Institut Keusahawanan Australia sekali gus membuktikan kredibiliti beliau sebagai seorang yang arif tentang dunia keusahawaan dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh usahawan.

 

Pengalaman luas beliau sebagai Pakar Pembangunan Organisasi/Pengurusan Perubahan dan Pembangunan Kepimpinan serta Pembelajaran di PETRONAS, Syarikat Minyak Negara diiktiraf dunia sebagai syarikat Fortune 500 telah mengangkat kewibawaan beliau. Datuk Faridah Hanim Haron menerima banyak jemputan untuk menjadi penasihat kepada syarikat-syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkenal di Malaysia.

 

Kini, beliau sangat komited dalam usaha membantu, memberi nasihat dan membimbing syarikat-syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) selari dengan visi dan misi melahirkan syarikat-syarikat tempatan yang bakal menjadi kebanggaan negara.

 

Demi memastikan visi dan misi beliau menjadi kenyataan, beliau telah menubuhkan sebuah lagi syarikat bernama Annems Andersons Capital Berhad yang fokus dalam mengenal pasti, melakukan inkubasi dan merancang gerak kerja membawa syarikat-syarikat PKS ke arah menjadi ‘Syarikat Tersenarai Awam’ (Public Listed Company).

 

Pada tahun 2019, Datuk Faridah Hanim Haron telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kepimpinan Industri (Latihan dan Konsultansi Perniagaan) di Majlis Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2019 oleh Niaga Times dan juga Anugerah Khas di Majlis ‘The Young Council CEO Award’. Kedua-dua anugerah ini turut disampaikan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Bin Md Yusof (Menteri Pembangunan Usahawan).

(Visited 273 times, 1 visits today)
Close