(Visited 17 times, 1 visits today)
Cara Membina Misi Syarikat

Written by ibuhanim• March 3, 2023• 11:00 am• Business Growth
Misi dan visi bukan sekadar hiasan untuk ditayangkan kepada orang ramai tetapi ia merupakan identiti sesebuah syarikat yang menunjukkan siapakah anda.
Ibu selalu tekankan pentingnya misi dan visi syarikat ni. Semua perkara yang anda lakukan dalam syarikat perlu selaras dengan misi dan visi.
Staf-staf pun perlu mendalami dan menghayati misi dan visi syarikat kita supaya semua align dengan halatuju syarikat. Macam mana nak buat staf-staf kita menjiwai misi dan visi syarikat?
Jangan syok sendiri ye. Misi dan visi perlu difahami semua kakitangan dari peringkat bawahan sehingga atasan barulah boleh menghidupkan misi dan visi tersebut menjadi realiti. Faham?
Datuk Faridah Hanim Haron atau lebih mesra dikenali sebagai Ibu Hanim, ialah Presiden Annems Leadership Solution Sdn Bhd.