Written by 12:29 pm Turning Vision Into Reality

Memang silap besar kalau buat carta organisasi bermula dari kotak dan garisan

Bila kita buat carta organisasi dari kotak dan garisan ia mengakibatkan berlakunya kesilapan dalam meletakkan jumlah tenaga pekerja dalam setiap jabatan. Ada jabatan yang kurang tenaga kerja tetapi dipertanggungjawabkan dengan banyak tugasan sehinggakan mereka terpaksa berkerja sehingga lewat malam untuk selesaikan tugasan.

Ada juga jabatan yang memerlukan ramai atau jumlah tenaga kerja tetapi tugasannya sedikit. Jadi, akan wujud pekerja yang datang ke pejabat dan hanya bermain facebook, Instagram dan tak datang kerja tanpa tujuan.


Membina carta organisasi juga untuk mengelakkan sindrom SILO dan rasa tak puas hati antara pasukan.


Bila ahli pasukan kita dah jelas dengan tanggungjawab dengan masing-masing, ia akan memberi kefahaman dan kerjasama antara pasukan.


Carta organisasi ini memudahkan proses membuat Position Description dan Individual Performance Contract.


Kesimpulannya, pemimpin perlu memainkan peranan penting dalam mencipta carta organisasi dengan formula yang betul agar perancangan tenaga kerja organisasi lebih teratur dan rapi.

(Visited 12 times, 1 visits today)
Close