Written by 1:42 pm Blog Kategori

MEMIMPIN PASUKAN DI BULAN RAMADAN

Teladani Kepimpinan Rasulullah SAW yang walaupun tegas tetapi sangat penyayang, pemurah dan prihatin. Di bulan yang Mulia ini, marilah kita menjadi pemimpin yang lebih peka dan prihatin kepada pasukan kita yang berpuasa. Berikut adalah antara tips untuk menguruskan pasukan di bulan Ramadan.

1. Fleksibiliti Jadual Kerja: Berikan fleksibiliti kepada ahli pasukan yang berpuasa dengan mengubah jadual kerja mengikut keperluan mereka. Ini termasuk waktu rehat untuk solat, waktu berbuka, dan waktu rehat tambahan jika diperlukan.

2. Galakkan Keprihatinan: Tekankan pentingnya kerjasama dalam pasukan antara Muslim dan Bukan Muslim semasa bulan puasa. Pemimpin mungkin boleh mengagihkan tugas tugas berat seperti mengangkat barang, menghantar barang kepada yang tidak beepuasa.

3. Sediakan Sokongan Tambahan: Pastikan ahli pasukan yang berpuasa mempunyai akses kepada tempat solat yang selesa dan dekat, makanan seperti sekurang kurangnya kurma dan air semasa berbuka, dan tempat rehat yang selesa untuk berehat jika perlu.

4. Galakkan Amal Jariah: Galakkan pasukan untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti amal jariah pada bulan puasa, seperti sumbangan makanan kepada masyarakat yang memerlukan. Ini akan meningkatkan semangat solidariti dan kebersamaan.

Fahamilah bahawa sokongan dan pertolongan kecil mungkin boleh mengeratkan lagi hubungan antara pasukan dengan lebih erat kerana keprihatinan memerlukan kerjasama dan sefahaman.

(Visited 11 times, 1 visits today)
Close