Seorang pemimpin
yang berkualiti bukan hanya sekadar mampu memberi arahan kepada anak buahnya
tetapi juga mampu menjadi pembimbing kepada mereka.
Pemimpin yang
bagus adalah pemimpin yang melatih anak buahnya menjadi seorang pemimpin.
Setiap daripada
anak buah anda memiliki keistimewaan dan kelebihan masing-masing. Adalah
menjadi tugas pemimpin itu untuk faham dan jelas bahawa setiap individu
berbeza.
Maka, untuk
memimpin kesemua anak buah anda, anda tidak boleh memimpin hanya dengan
menggunakan satu cara. Bimbing mereka secara individu dan letakkan kesabaran
yang tinggi jika anda mahu membentuk mereka menjadi pemimpin yang hebat.