Ibu selalu pesan pada anak didik Ibu, nak buat bisnes ni kena ada roadmap dan planning yang betul. Kalau tak sia-sia je kita buat bisnes tapi tak ada hala tuju yang betul.
Tanpa roadmap kita tak tahu apa sasaran-sasaran jangka pendek yang nak dicapai dan berapa lama kita perlu mengambil masa untuk mencapainya.
Kita ni suka susahkan diri, akhirnya penat sebab tak ada hala tuju.
Semua anak didik BSS Ibu berada dalam fasa growth. Kebanyakan daripada mereka mempunyai berpuluh dan beratus team dalam syarikat. Bukan tu je, yang dah buka branch dan bisnes lain pun ramai. Jadi memang wajib mereka ada roadmap yang jelas supaya team tahu apa sebenarnya syarikat nak capai. Tak adalah team kita terkapai-kapai dan lemau.
Beberapa perkara penting yang ibu tekankan tentang roadmap :
1. Kena ada visi syarikat yang jelas. Sekiranya visi yang kita tetapkan adalah untuk menjadi peneraju dalam sesebuah industri. Wajib ada indicator yang sesuai menjadikan kita sebagai peneraju dalam industri tersebut. Ia memudahkan kita nak susun strategi untuk capai visi kita.
2. Ibu letakkan roadmap selama 10 tahun, yang mana Ibu bahagikan kepada 3 fasa iaitu fasa pertama 3 tahun, fasa kedua 3 tahun dan 4 tahun. Perancangan dan gerak kerja mestilah bermula pada tahun pertama supaya kita mudah merangka hala tuju syarikat.
3. Setiap sasaran ada pengukuran yang sudah kita tetapkan dan metrik pengukuran yang sesuai. Contohnya, syarikat makanan dan visi mereka adalah untuk menjadi penaraju dalam industri pemakanan traditional. Indicator yang digunakan adalah no of customer retention dan no of branches. Pengukuran ini sangat penting untuk kita capai visi.
4. Roadmap juga berfungsi sebagai rujukan. Contohnya jika ada investor yang mahu melabur dalam syarikat kita ia adalah dokumen penting untuk rujukan mereka.
5. Bila kita nak buat planning tahunan, kita mesti ada visi, misi dan roadmap syarikat. Macam Ibu cakap, kalau tak, kita tak tahu nak apa kita nak capai.
6. Bila kita dah jelas dan tetapkan pengukuran yang nak digunakan ia memudahkan kita membuat planning untuk membawa syarikat ke level seterusnya.
7. 3R untuk kukuhkan bisnes kita iaitu reliable (SOP, culture, Guideline yang betul), Repeatable (bila kita dah ada branch lain, setiap perkara kita lakukan kita jadikan culture dalam syarikat) dan Replicate (Jika semuanya sudah kukuh, barulah kita boleh replicate)
Jadi, bila kita dah ada roadmap yang jelas, syarikat pun dapat merealisasikan visi yang telah ditetapkan. Team juga jelas apa yang nak dicapai.
Boleh dapat sesuatu?