Written by 12:00 pm Business Growth

MENJUAL EMOSI PADA PELANGGAN

Kadang ada yang sanggup membeli handbag berharga lebih dari RM 5,000.

Kenapa?

Kebanyakan pembeli bukan membeli produk tetapi membeli “perasaan”.

Apakah perasaan anda apabila memakai handbag tersebut?

Puas?

Gembira?

Yakin?

Rasa mewah?

Anda beli sebab anda merasa ianya satu identiti yang menunjukkan diri anda dan memuaskan perasaan.

Kenapa menjual produk kalau boleh menjual emosi kepada pelanggan?
Pernah tak terfikir, kenapa pelanggan membeli sesuatu tanpa berkira dangan harga?

Itulah yang kita panggil “Emotional Selling Proposition(ESP)”. 90% keputusan pembelian manusia dikawal oleh minda separa sedar dan ianya berdasarkan keperluan dan emosi.

Kerana mereka telah dipengaruhi oleh emosi yang kuat untuk membeli produk tersebut. Jadi, “value” apa yang boleh anda letakkan pada produk anda untuk memuaskan hati pelanggan, untuk meredakan emosi mereka?

Orang bukan bayar produk semata-mata tetapi mereka lebih tersentuh dengan value yang ada pada produk tersebut.

 

Sebab itulah ada orang sanggup bayar beribu-ribu ringgit untuk mendapatkan produk yang edisi terhad kerana mereka dahagakan “perhatian”, dan menjadi “tumpuan” orang lain.

 

Jadi, sangat penting utk usahawan menggunakan teknik menjual emosi atau dipanggil ESP kepada pelanggan dengan:
 

  1. Mengenalpasti emosi yg akan dirasai pengguna yang boleh mempengaruhi keputusan pembelian mereka.
  2. Menunjukkan cara bagaimana produk kita boleh memenuhi keperluan emosi mereka.
  3. Menjalinkan hubungan dengan pelanggan melalui branding dan messaging yg menyentuh emosi mereka.

 

Beli pefume mahal kepada isteri?

Untuk isteri mengingatkan kita dengan bau perfume yang unik tersebut.
 
Betul tak?
 
Ia akan reveal satu emosi yang sangat dalam walaupun hanya bau perfume. Bila isteri ke mana-mana, hidu bau perfume tu teringat kat suami.

 
Macam Kentucky Fried Chicken (KFC) pula selalu menggunakan teknik pengiklanan yang menunjukkan hubungan kekeluargaan, celebration dan keramaian.

 
Key messaging KFC sangat kuat sehingga KFC dijadikan sebagai makanan di saat meraikan sesuatu beramai-ramai.

Sebagai usawahan, fahami emosi, kegelutan, kegelisahan dan perasaan “target” pelanggan anda.

 

Apa yang mereka perlukan untuk berasa gembira?
(Visited 40 times, 1 visits today)
Close