Written by 11:51 pm Motivation

13 perkara bagi mereka yang kuat mental

Kekuatan mental selalu tidak dapat ditunjukkan oleh perilaku seseorang. Kadang ia dilihat saat seseorang itu diuji dengan pelbagai masalah dan ujian.

Ibu nak kongsikan “13 Things Mentally Strong People Don’t Do,” tentang 13 perkara untuk mereka yang mempunyai kekuatan mental yang kental.

𝟭. 𝗠𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗮𝘀𝗶𝗯 𝗯𝘂𝗿𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀.
Ini kerana mengenang nasib buruk yang telah berlaku akan merosakkan diri sendiri. Tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Ia hanya membuang masa, mengundang perasaan negatif dan mengganggu hubungan bersama pasangan dan orang sekeliling.

Orang yang kuat mentalnya akan berasa lebih bersyukur. Mereka menghargai apa yang mereka ada dan meneruskan kehidupan.

𝟮. 𝗠𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗹𝗮𝗵.
Selalu orang akan menyerah kalah apabila ditekan secara emosi atau fizikal. Orang yang kuat mental akan berjuang dan hanya akan mengalah untuk mengatur strategi. Mereka tidak membiarkankan orang lain yang menentukan tindakan mereka, dengan memberi maksud kejayaan dan nilai diri mereka. Mereka yang kuat menta akan menentukan sendiri tindakan, takrifan kejayaan dan nilai diri mereka.

𝟯. 𝗠𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗧𝗮𝗸𝘂𝘁 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗕𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝗵.
Berubah adalah kunci kepada kejayaan. Melakukan perubahan adalah perkara yang sangat susah, tetapi semakin lama kita menunggu, semakin lambat kita berada di takuk lama dan tidak berkembang.

Jadi, lakukan perubahan sekarang!

𝟰. 𝗠𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗧𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗙𝗼𝗸𝘂𝘀 𝗣𝗮𝗱𝗮 𝗦𝗲𝘀𝘂𝗮𝘁𝘂 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗕𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗞𝗮𝘄𝗮𝗹.
Mereka memberikan fokus kepada sesuatu yang mereka boleh kawal agar dapat kurang stress, lebih gembira, dapat menjaga hubungan yang lebih baik dan mencipta kejayaan yang lebih baik.

𝟱. 𝗠𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗖𝘂𝗯𝗮 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗴𝗲𝗺𝗯𝗶𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴.
Mereka mampu bercakap “Tidak” pada sesuatu yang mereka tidak mampu lakukan. Kita selalu bimbang dengan pendapat orang (apa yang orang fikir) pada kita. Bila kita cuba memuaskan hati semua orang, kita mungkin akan membuang masa, mudah dimanipulasi, dan menambahkan stress.

𝟲. 𝗠𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗧𝗮𝗸𝘂𝘁 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗥𝗶𝘀𝗶𝗸𝗼.
Ramai orang yang terlalu takut mengambil risiko samada kewangan, fizikal, sosial dan berkaitan perniagaan. Puncanya kita tidak tahu mengawal risiko menyebabkan kita bertambah takut.

Antara soalan yang boleh menganalisa risiko kita adalah :
Apakah manfaat yang kita akan dapat?
Bagaimana kita mencapai kejayaan itu?
Bagaimana kita dapat mengurangkan kerugian jika ia berlaku?

𝟳. 𝗠𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗿𝗶𝘀𝘁𝗶𝘄𝗮 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗟𝗲𝗽𝗮𝘀.
Tetapi mereka mengambil sedikit masa dari kehidupan yang sibuk untuk bermuhasabah dan belajar sesuatu dari peristiwa lepas. Mengenang perkara lepas tidak mengubah apa-apa pada masa hadapan, cuma mengundang kekecewaan dan kemurungan.

𝟴. 𝗠𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗹𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗞𝗮𝗹𝗶.
Bermuhasabah akan dapat menghalang kita melakukan kesilapan berulang kali. Sangat penting kita melakukan muhasabah memikirkan apa yang telah berlaku, apa yang boleh kita lakukan dengan lebih baik  dan bagaimana kita dapat mengatasi pada masa yang lain.

Mereka yang kuat mental akan menerima kesilapan dan kegagalan secara bertanggungjawab dan memikirkan rancangan untuk mengelakkan kesilapan yang berulang.

𝟵. 𝗠𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗗𝗲𝗻𝗴𝗸𝗶 𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗷𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻 𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗟𝗮𝗶𝗻.
Mereka meraikan kejayaan orang lain. Dengki kepada kejayaan orang lain tidak membantu kita mencapai kejayaan, tetapi menyebabkan kita kehilangan fokus. Raikan kejayaan supaya mereka menjadi inspirasi buat kita.

𝟭𝟬. 𝗠𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗕𝗶𝗹𝗮 𝗧𝗲𝘄𝗮𝘀 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗰𝗲𝘄𝗮.
Kejayaan tidak akan datang segera tetapi kegagalan harus dielakkan. Segera bangun semula dengan pantas akan membuatkan mereka lebih berjiwa kental.

𝟭𝟭. 𝗠𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗕𝗼𝘀𝗮𝗻 𝗕𝗶𝗹𝗮 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻.
Mereka menggunakan masa yang ada sebaiknya. Pada masa ini, mereka gunakan untuk mengatur strategi lebih berjaya.

𝟭𝟮. 𝗠𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗠𝗲𝗺𝗽𝗲𝗱𝘂𝗹𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗖𝗮𝗸𝗮𝗽 𝗱𝗮𝗻 𝗛𝗶𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗟𝗮𝗶𝗻.
Mereka memberikan fokus pada usaha, terima kritikan secara terbuka dan menerima kelemahan sendiri. Membandingkan kejayaan kita dengan orang lain mungkin akan membuatkan kita lebih kecewa.  Kejayaan harus diusahakan dan ia tidak datang bergolek.

𝟭𝟯. 𝗠𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗿𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗷𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗦𝗲𝗴𝗲𝗿𝗮.
Mereka melangah menuju kejayaan dengan langkah demi langkah. Orang yang lemah selalunya tidak sabar untuk berjaya. Mereka sentiasa fokus dan terus berusaha untuk mencapai kejayaan.

Orang yang kuat mental adalah orang yang akan berjaya dan bahagia.

Sumber : Petikan dari Buku “13 Things Mentally Strong People Don’t Do,” – Amy Morin

(Visited 9 times, 1 visits today)
Close