Segala impian yg kita nak capai dalam organisasi kena bermula daripada habit, then it will be your practice, then ia akan jadi second nature then barulah ia menjadikan who you are.
Ramai orang ambik mudah “the power of consistency” ni. Kalau cepat bertukar-tukar tanpa alasan yg kukuh, dan pemimpin pun tak pasti apa yg patut dibuat, mcm mana kita nak bina values untuk menarik semua pengikut kita ni seperti vacuum?
Pemimpin perlu konsisten untuk menjadi Transformational Leader, dan pegang erat-erat 4I tu.
- Idealised Influence – Jadi “prototype” dan “role model” kepada pengikut untuk melakukan perkara yg betul. Setiap ucapan, perkataan yang digunakan perlu sentiasa congruent dengan kelakuan. Jangan mengharapkan staf-staf kita untuk buat sesuatu dengan arahan kita, tapi kita sendiri tak tahu nak buat benda tu.
- Inspirational Motivation – Sentiasa menjadi inspirasi kepada staf-staf kita agar kita menjadi aspirasi untuk mereka terus berjuang bersama-sama mencapai misi syarikat. Kalau kita asyik bertukar direction tanpa perancangan yg jelas, staf-staf akan mula hilang kepercayaan kepada pemimpin. Sangat bahaya bila dah hilang trust, ramai yg takbuat kerja dengan ikhlas.
- Intellectual Stimulation – Leader kena banyak mendengar daripada bercakap. Mungkin staf-staf kita akan lebih terbuka untuk memberikan pendapat dan meluahkan isi hati mereka. Lama-kelamaan, ia akan memberangsangkan intelek para pekerja kita, dan mereka sendiri akan sukarela untuk take charge sebab kita bagi peluang pada mereka.
- Individualised Consideration – Kena faham bahawa semua orang dilahirkan berbeza-beza, kemahiran mereka, values mereka, belief mereka. Kita semua mempunyai intelligence yg berbeza-beza. Ada yg pandai berkomunikasi, ada yg hanya pandai akaun, ada yg pandai menulis dan sebagainya. Nak cungkil bakat-bakat spesifik mereka, kena faham intelligence yg mereka ada supaya kita boleh utilise kebijaksaan mereka dalam bidang yg sepatutnya.
In shaa Allah, company boleh grow apabila pemimpin sentiasa konsisten untuk memegang 4I ni dengan kukuh dan konsisten. Sampai bila-bila pun kita tak akan jumpa “spesifikasi” seseorang yang kita nak dalam staf-staf kita. Ia tidak akan jadi begitu sahaja sehinnga kita sendiri take action untuk mengubah diri kita. In shaa Allah keadaan akan jadi lebih baik.