John D. Rockefeller Sr. ialah ‘billionaire’ pertama di Amerika. Walaupun banyak cerita tidak menyenangkan mengenai dirinya, kita tetap boleh belajar sekurang-kurangnya 3 ilmu daripada pengalamannya sebagai ahli bisnes.
𝗬𝗼𝘂 𝗺𝘂𝘀𝘁 ‘𝗯𝗲𝗰𝗼𝗺𝗲 𝗮 𝘁𝗵𝗶𝗻𝗴’ 𝗯𝗲𝗳𝗼𝗿𝗲 𝗮𝗰𝘁𝘂𝗮𝗹𝗹𝘆 ‘𝗴𝗲𝘁𝘁𝗶𝗻𝗴 𝘁𝗵𝗲 𝘁𝗵𝗶𝗻𝗴’
Sejak berusia 15 tahun, Rockefeller sudah bangun awal pagi dan bersiap dengan pakaian pejabat yang kemas walaupun dia masih belum mendapat kerja. Tabiatnya itu diteruskan sehingga akhirnya dia bekerja sebagai pembantu akaun.
Kita juga boleh buat perkara yang sama. Contohnya, kita sudah kenal pasti lokasi bangunan pejabat yang akan dibeli dan bagaimana konsep hiasan dalamannya. Mungkin juga kita mula bergaul dengan orang-orang yang sudah mencapai tahap tertentu dalam hidupnya.
Mengenal pasti apa yang kita mahu dan fokus mendapatkannya adalah perkara yang sangat penting untuk kita buat, walaupun secara realitinya, kita masih terkial-kial berusaha mendapatkannya.
𝗢𝗯𝘀𝗲𝘀𝘀 𝗼𝘃𝗲𝗿 𝘁𝗵𝗲 𝗱𝗲𝘁𝗮𝗶𝗹𝘀
Rockefeller sangat teliti – rutin harian, falsafahnya tentang menepati masa, ketelitiannya terhadap nombor-nombor – dia sangat menekankan ‘detail’. Dia amat pasti dengan kedudukan kewangannya dan benar-benar tahu apa tujuan di sebalik setiap tindakannya.
Jika kita tidak memberikan perhatian kepada perkara-perkara kecil, kemungkinan akan ada banyak perkara yang kita akan terlepas pandang. Jangan kita lupa, perkara-perkara kecil ini akan membawa kita kepada perkara-perkara yang lebih besar.
𝗞𝗻𝗼𝘄 𝘆𝗼𝘂𝗿 𝘃𝗲𝗵𝗶𝗰𝗹𝗲𝘀 𝗮𝗻𝗱 𝗱𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻𝘀
Kata Rockefeller, “Orang yang hanya mempunyai idea untuk menjadi kaya, tidak akan berjaya; anda mesti mempunyai cita-cita yang lebih besar.” Rockefeller bercita-cita untuk menjadi orang kaya kerana dia mahu membantu badan-badan kebajikan sebanyak-banyaknya.
Jadikan bisnes kita sebagai ‘kenderaan’ untuk kita sampai kepada tujuan sebenar kita memulakan bisnes. Hampir mustahil untuk sebuah syarikat berkembang maju jika pemiliknya tidak tahu apa sebenarnya yang mendorong mereka mahu membesarkan bisnes yang bertahan lama.
Apa yang kita belajar daripada Rockefeller ialah betapa pentingnya kita “menguasai diri sendiri”.
Sentiasa memperbaiki diri dan berusaha menjadi lebih baik setiap hari akan memberi impak langsung kepada bisnes dan usaha kita menjadi usahawan berjaya






