Written by 3:19 pm Motivation

5 kesilapan terbesar dalam bisnes yang usahawan mesti elakkan

Ibu dah mula buat bisnes sejak tahun 1989, you all pun ramai tak lahir lagi waktu ni. Masa ni ibu buat bisnes jual hadiah & cenderahati. Alhamdulillah bisnes ibu maju sampai dapat buka 3 kedai di Kerteh & Dungun. Bisnes pertama ibu ni ibu terpaksa lepaskan selepas 2 tahun ibu accident teruk pada tahun 1991.

Bukan ini yang ibu nak cerita, apa yang ibu nak sampaikan sekarang adalah tentang kesilapan-kesilapan besar yang ibu pernah buat dulu dan kesilapan ini masih dilakukan oleh usahawan-usahawan sekarang walaupun dah lebih 30 tahun.

Bayangkan, dah 30 tahun tapi you all masih lakukan kesilapan yang sama berulang ulang kali. Jadi ibu nak share kesilapan yang ibu pernah lakukan dulu supaya you boleh elakkan dari melakukan kesilapan yang sama.

๐Ÿ. ๐Š๐ž๐๐ž๐ค๐ฎ๐ญ ๐ง๐š๐ค ๐ฅ๐š๐›๐ฎ๐ซ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐š๐ฉ๐š๐ญ๐ค๐š๐ง ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐š๐ญ ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐ง๐š๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ ๐๐š๐ซ๐ข๐ฉ๐š๐๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฉ๐š๐ค๐š๐ซ.

Masa mula-mula buat bisnes, memang kita akan cuba sedaya upaya nak jimatkan kos, banyak perkara nak cuba buat sendiri tapi akhirnya bukan setakat kena keluarkan kos yang tinggi, masa pun rugi sebab kedekut untuk ambil khidmat pakar.

Contohnyaโ€ฆ

Kedekut nak bayar akauntan untuk buat akaun, akhirnya pengurusan kewangan (cash flow) lintang pukang & kena bayar cukai yang tinggi.

Kedekut nak bayar peguam untuk buat perjanjian akhirnya kena tipu dengan rakan niaga, supplier, klien & lain-lain.

Kedekut nak bayar orang buat website, nak buat sendiri sebab nak jimat, sudahnya bertahun-tahun website tak siap.

Kedekut nak labur masuk kelas bisnes, akhirnya langgar dinding, masuk lubang sebab buat keputusan yang salah.

Sebab tu bila buat bisnes ni kena berguru & berkawan dengan usahawan-usahawan otai yang rajin berguru. Baru dapat belajar daripada kesilapan orang lain.

Jangan takut & rasa kedekut untuk berguru atau dapatkan khidmat daripada yang pakar sebab kos yang anda keluarkan jauh lebih rendah dengan nilai yang anda akan dapat, dengan syarat pilih orang yang betul.

๐Ÿ. ๐ˆ๐ค๐ฎ๐ญ ๐ง๐š๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ ๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐ฌ๐ž๐œ๐š๐ซ๐š ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š ๐ญ๐ฎ๐ฅ๐ข.

Memang betul ibu cakap kena berguru & berkawan dengan usahawan otai supaya dapat belajar dengan mereka tetapi tak boleh main ikut je nasihat & saranan mereka secara membuta tuli.

Walaupun yang beri nasihat itu seorang pakar, adakah anda jelas dengan objektif yang ingin anda capai supaya nasihat mereka dapat disesuaikan dengan objektif anda.

Sebab tu sangat penting untuk buat visi, misi & road map syarikat supaya anda sangat jelas dengan apa yang anda mahu.

Bila anda betul-betul jelas dengan apa yang anda mahu, lebih mudah untuk orang lain bantu anda.

๐Ÿ‘. ๐’๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐ค๐š๐ญ ๐ญ๐ข๐๐š๐ค ๐š๐๐š ๐ก๐š๐ฅ๐š ๐ญ๐ฎ๐ฃ๐ฎ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฃ๐ž๐ฅ๐š๐ฌ.

Kalau ibu tanya soalan iniโ€ฆ

โ€œApa akan jadi kepada bisnes anda 3, 5 & 10 tahun akan datang?โ€

Boleh anda jawab soalan ibu tanpa fikir panjang?

Sekiranya ya, tahniah, anda dah elakkan 1 kesilapan yang majoriti usahawan lakukan.

Sekiranya jawapan anda tidak, lepas baca ni terus fikirkan jawapan kepada soalan di atas.

Tak pasti cara nak tetapkan hala tuju syarikat? Jom belajar dengan ibu.

๐Ÿ’. ๐“๐ข๐๐š๐ค ๐ค๐ž๐ง๐š๐ฅ & ๐Ÿ๐š๐ก๐š๐ฆ ๐ฌ๐ข๐š๐ฉ๐š โ€˜๐ˆ๐๐ž๐š๐ฅ ๐‚๐ฎ๐ฌ๐ญ๐จ๐ฆ๐ž๐ซโ€™

Ini kesilapan yang akan buat kos marketing anda tinggi, sebab tak tahu nak target orang yang betul.

Biasanya bila ibu tanya mana-mana usahawan

โ€œSiapa yang sesuai guna produk you ni?โ€, ramai yang akan jawab SEMUA orang sesuai guna.

Jawapan macam ni memang akan buat ibu risau & kesian sebab mereka akan laburkan kos marketing yang tinggi tapi hasilnya pasti mengecewakan.

Untuk kenal & faham tentang โ€˜Ideal Customerโ€™ anda, kena ada dokumen yang paling penting sebelum boleh buat apa sahaja kempen pemasaran, yang ibu panggil โ€˜Customer Avatar Worksheetโ€™.

Bila kita kenal apa yang pelanggan kita suka, apa yang mereka tak suka, apa yang buat mereka gembira, sedih, kecewa, takut, apa yang mereka benar-benar mahu baru la senang nak mengorat mereka.

๐Ÿ“. ๐“๐ข๐๐š๐ค ๐ฌ๐ข๐ฆ๐ฉ๐š๐ง & ๐ฉ๐š๐ง๐ญ๐š๐ฎ ๐ฌ๐ญ๐š๐ญ๐ข๐ฌ๐ญ๐ข๐ค ๐ฉ๐ž๐ซ๐ง๐ข๐š๐ ๐š๐š๐ง.

Ramai orang tak simpan & tidak lakukan analisa tentang prestasi jualan mereka. Duit dah keluar beribu untuk buat marketing tapi tak pernah kira kos untuk dapatkan seorang pelanggan, database prospek & pelanggan bercampur aduk, conversion rate tak dipantau betul-betul.

Itu belum tanya lagi berapa peratus pelanggan yang ulang membeli, berapa peratus yang masuk dalam kategori โ€˜raving fanโ€™, berapa secara purata nilai belian seorang pelanggan setiap kali mereka membeli, berapa tahun pelanggan akan setia membeli produk anda, produk mana permintaan tinggi, dan macam-macam lagi,

Ini semua statistik yang sangat penting untuk kita tahu apa strategi yang sesuai untuk dapatkan keuntungan yang tinggi dengan kos yang paling efektif.

Ada banyak lagi sebenarnya kesilapan yang usahawan lakukan, sekiranya anda elakkan dari melakukan 5 kesilapan di atas ni pun anda dah ada potensi besar untuk besarkan perniagaan ke tahap yang seterusnya, dan tingkatkan lagi keuntungan syarikat

(Visited 13 times, 1 visits today)
Close