Written by 3:26 pm Motivation

6 langkah untuk bangkit dari kegagalan

1. Terima hakikat kegagalan. Akui kegagalan kita. Tak perlu sembunyikan. Mungkin ada kata-kata atau reaksi-reaksi negatif daripada orang sekeliling kita. Biarkan, kerana pada kebanyakan masa, lebih ramai yang mahu membantu dan memberi semangat kepada kita.

2. Tidak mengapa untuk berasa kecewa. Be realistic. Itu perasaan yang normal. Mahu menangis, menangis saja. Benarkan diri kita merasai emosi itu. Lepaskan apa sahaja perasaan yang kita sedang rasa. Jangan ditahan-tahan.

3. Ambil pengajaran. Tanya soalan-soalan ini kepada diri kita dan jawab dengan jujur. Apa sebenarnya yang berlaku? Apa kesilapan kita? Bagaimana semua ini boleh berlaku? Apa yang boleh kita perbaiki? Apa pengajaran atau pengalaman yang kita belajar daripadanya? Apa perkara positif atau hikmahnya kepada kita?

4. Ambil tanggungjawab sepenuhnya. Kita bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Apabila kita melihat setiap kejayaan kita adalah ‘hasil usaha dan penat lelah’ kita, kita juga mesti melihat setiap kegagalan adalah ‘hasil kesilapan dan kelalaian’ kita. Ini paling penting sebab kalau kita hanya menyalahkan orang lain, kita tidak akan belajar apa-apa daripada situasi itu.

5. Ubah pendekatan kita terhadap kegagalan. Ubah cara kita melihat dan menerima kegagalan. Pada kebanyakan masa, kegagalan selalu menjadikan kita orang yang lebih baik, Jika kita mengambil kegagalan itu daripada sudut yang positif.

6. Bertindak dan terus bergerak ke hadapan. Terus fikirkan penyelesaiannya. Cari jalan bagaimana kita boleh keluar daripada situasi itu dan back on track. Semua ini memerlukan kita bertindak dengan cepat dan lebih tegas.

Jangan dikalahkan oleh kegagalan sendiri. Jangan benarkan kegagalan menguasai kita, sebaliknya kita yang mesti menguasai kegagalan itu sehingga akhirnya kita tidak lagi mudah dikalahkan oleh perasaan kecewa.

Sama ada kegagalan itu menjadikan kita orang yang lebih cekal dan bijak, atau menjadikan kita orang yang terus gagal selama-lamanya, itu pilihan kita sendiri, bukan orang lain. Kegagalan bukan sesuatu yang kekal dalam hidup. Kita yang membuatkan ia kekal dalam hidup kita.

Ini hidup kita. Perjuangan kita. Cita-cita dan impian kita. Jalannya berliku-liku, tetapi kita tetap akan sampai ke sana. Insya-Allah.

Ibu doakan semua berjaya.

(Visited 18 times, 1 visits today)
Close