Written by 3:23 am Leading in The New Normal

6 Ciri Kepimpinan Untuk Mewujudkan Syarikat Berprestasi Tinggi

Bagi mewujudkan syarikat yang mempunyai budaya prestasi tinggi, pemimpin syarikat abad ini mesti mempunyai sikap (attitude) dan tingkah laku (behaviour) yang dapat membina 6 karakter berikut:

 

1. Mampu melihat peluang dalam hampir setiap perkara.

  • Berpandangan dan berfikiran jauh.
  • ‘The glass is always half full’.
  • Melihat perkara daripada perspektif berbeza.
  • Memperkenalkan cara baru untuk melakukan sesuatu perkara.
  • Positif. Optimis.

2. Dapat ‘melihat’ hal-hal di luar jangkaan dan mampu menguruskan krisis.

  • Fokus yang berstrategik.
  • Menjadi ejen perubahan.
  • Mempunyai kemahiran ‘kedua’ ialah pandai menguruskan krisis.
  • Fleksibel. Boleh beradaptasi.
  • Tetap boleh bekerja dengan baik di bawah tekanan.

3. Mampu mencetuskan keterujaan dalam diri pasukan.

  • Percaya.
  • Berani.
  • Tidak takut menjadi perintis.
  • Berusaha keras mencapai kecemerlangan.
  • Meneroka pelbagai kemungkinan.

4. Mempunyai sifat usahawan semulajadi – sentiasa membina dan menjaga hubungan, berani mengambil risiko yang boleh dikawal, pantas mempelajari sesuatu.

  • Dapat melihat kaitan antara satu perkara dengan perkara yang lain.
  • Menggunakan sumber yang ada secara efektif.
  • Menghargai perhubungan. Membuat ‘pelaburan’ dalam pembangunan manusia.
  • Fokus membina momentum.
  • Sentiasa mencari cara untuk menjadikan sesuatu keadaan itu lebih baik.

5. Memahami kepentingan ‘mengambil hati’ orang-orang di sekelilingnya.

  • Sentiasa bersikap jujur dan memberikan maklum balas langsung.
  • Telus.
  • Sentiasa bersikap “memberi” dan “berkongsi”.
  • Mendahulukan orang lain.
  • Membela satu sama lain.

6. Memahami kepentingan sikap saling menyokong satu sama lain untuk membina legasi yang berpanjangan.

  • Mendahulukan pasukan. Kolaborasi.
  • Melayani orang lain seperti keluarga.
  • Berdaya tahan. Saling menyokong satu sama lain.
  • Menghormati berbanding meminta dihargai.
  • Mempertahankan apa yang diperjuangkan.
(Visited 2 times, 1 visits today)
Close