Written by 12:00 pm Blog Kategori

PERBEZAAN MICROMANAGEMENT DI MATA BOS DAN DI MATA STAF-STAF

Ibu pernah kata bahawa tidak ada seorang pun manusia yg datang ke tempat kerja untuk memusnahkan syarikat. Setiap individu yang datang hanya untuk bekerja dan berniat untuk membangunkan diri. 

 

Micromanagement yg dilakukan secara berlebihan boleh menyebabkan staf-staf merasa dikawal dan hilang minat untuk bekerja walaupun niat seorang bos itu untuk memimpin mereka.

 

Pemikiran antara bos dan pekerja terhadap “micromanagement”.

 

  1. Bos menunjukkan mereka ambil berat tentang prestasi syarikat manakala staf-staf berpendapat bahawa bos sengaja mencari kesalahan.

 

  1. Bos ingin memberi tunjuk ajar kepada staf-staf cara untuk buat kerja yang betul manakala staf-staf berpendapat bahawa bos tidak memberikan kebebasan kepada mereka untuk menjadi kreatif dan mengeluarkan idea sendiri.

 

  1. Bos ingin membina rapport dengan pekerja-pekerja dengan sentiasa “be around” di office dan pekerja-pekerja menganggap bahawa bos hanya ingin memantau mereka. 

 

Untuk membina suasana yg harmoni dalam satu organisasi, pemimpin dan pekerja perlu sentiasa berkomunikasi dua hala tentang perancangan syarikat agar kepercayaan boleh disemai. Beri peluang kepada pekerja untuk memberi idea dan menerima pendapat mereka dengan terbuka.

(Visited 21 times, 1 visits today)
Close