Written by 9:49 am Uncategorized

Apa itu zero moment of truth (ZMOT)?

Sebelum wujudnya internet, kalau kita nak bagitau orang ramai tentang produk kita, kita akan gunakan iklan berbentuk poster, billboard, iklan radio dan televisyen. Kemudian, mereka akan pergi ke kedai untuk membeli.

Sekarang, hampir semua orang menggunakan internet dan media sosial untuk baca review bagi suatu produk atau services yang mereka pernah nampak di iklan atau dengar dari kenalan mereka sebelum mereka membeli. Ini lah yang dipanggil sebagai ZMOT.

ZMOT inilah yang sangat penting untuk kita jaga untuk pastikan pelanggan akan terus membeli daripada kita. Macam kita selalu buat, sebelum beli kita check dulu di internet, berapa harganya berbanding dengan kedai yang lain, apa yang orang kata tentang produk ni, apa kesannya lepas gunakan produk kita atau berapa orang rate produk kita di internet.

ZMOT merubah dan mencipta trend baru dalam berbelanja. Pembeli akan mencari seberapa banyak maklumat berkaitan produk atau servis yang mahu dibeli.

Carian seperti di Google, Facebook, Instagram atau website kita sendiri merupakan tempat mereka mendapatkan maklumat.

Contohnya, kalau kita nak cari tempat makan yang best. Kita akan search di Google dan Facebook tempat makan yang best. Lepas tu, kita tengok menu, harga, crowd, apa orang kata tentang kedai tu dan macam macam maklumat lagi sebelum kita betul-betul decide nak pergi kedai mana.

Samalah juga dengan pembeli kita. Sebelum mereka decide nak beli dengan kita, mereka dah research semua yang mereka nak tahu tentang produk kita. Perkara yang paling menakutkan adalah bila maklumat yang mereka dapat adalah hanya perkara buruk tentang produk kita. Terus mereka tak jadi beli.

So, ZMOT ini adalah salah satu touch point yang kita kena jaga betul-betul supaya orang lagi yakin nak beli dengan kita. Kita mudahkan mereka untuk buat keputusan dengan semua maklumat yang mereka perlukan untuk membeli.

Faham tak apa yang Ibu sampaikan ni?

(Visited 1 times, 1 visits today)
Close